Klik tau!

Thursday, July 2, 2009

The Missing Powerpuff Girl

Mommy ada belikan Buttercup & Blossom lepas Adda dapat hadiah hari jadi Bubble dari Nani & Tokba (mak bapak aku). Hadiah Bubble tu soft toy laa.. Tapi mommy belikan jugak Buttercup & Blosom yang cam belon tu (save budget) sebab Adda mengada nak cukupkan quota Powerpuff Girls...

Nani dan TokBa yang belikan Bubble ni

Mommy beli Buttercup & Blosom kat pasar malam.


Huh! Tapi lepas tu korang cucuk Buttercup dengan pen sampai pecah lunyai. Mommy dah buang pun dia dlm tong sampah.

Jadi, perlukah mommy layan kalau Adda merengek2 mintak mommy belikan lagi Buttercup sebab nak temankan Bubble & Blossom....... ?

Tak yah nak buat muka suci mulut comot nak pujuk2!
.

.


.


.


.


Ko lak tak yah senyum la Rabbit kuning..........


Lepas ni nasib ko sama jer dgn Rabbit pink ni......


Note: Sayang punya pasal, mommy carik gak la nanti Buttercup.

Read rest of entry

Tuesday, June 30, 2009

Masalah bulu ketiak & bulu kaki?

Huh tak suka dengan masalah ni!... Ada ke yang suka ek?? Inilah satu masalah yang sering merencatkan kecantikan seorang wanita, BULU KAKI dan BULU KETIAK. Dah lah sangat merimaskan dan menggelikan, malah sungguh tidak proper dan kewanitaan!

Ada ke yg simpan sampai cam ni?? Tolong la jawap takde!

Kalau warna blond pun nampak serabai, bayangkan kalau warna hitam???

Mari memulakan kisah.

Aku, yang dilahirkan dalam keturunan yang berbulu lebat, sangat2 hate the fact yang aku jugak mewarisi kelebatannya! Aku memang mendapati masalah ni hadir sejak akil baligh... and I hate it! Aku tak suka bulu kaki yang panjang walaupun sehalus mana pun dan yang paling tak suka kehadiran bulu ketiak!

Kalau yang lelaki dengan seluruh badan berbulu dianggap seksi (aku tak minat), perempuan pulak dianggap jelik dan tidak menggiurkan langsung (Kisah benar - bulu kaki bini lagi lebat dari laki.... tak bestnya la!).

Masa muda dan kurang pengetahuan, aku selalu shave bulu kaki dan bulu ketiak... dan ini telah menyebabkan ianya makin tumbuh lagi kasar & lagi panjang (huh!! Tak suka!) Dan yang lagi membosankan, ianya tumbuh pada kadar yang lebih pantas dan asyik nak kena cukur selalu (boring tau!). Pernah jugak guna wax yang melekit, foam yang bilas boleh tanggal bulu.. dan lain2 yang semuanya memberi temporary solutions yang tak berapa best.

Selepas kewujudan internet dan aku pun dan pandai menggooggle, aku mula belajar sedikit sebanyak cara menghilangkan bulu ketiak dan bulu kaki dengan lebih efektif, jangka panjang dan cost efective.

Akhirnya, pencarian aku berakhir 8 tahun yang lalu bila dipertemukan dengan satu solution pembuangan bulu yang sangat efektif iatu EPILATOR. Sejak dari tu, aku terus stick dengan alat miracle ini dan terus menggunakannya sampai ke hari ni. Walaupun bulu tak hilang permanently, yang bagusnya, apabila menggunakan epilator, ianya tumbuh pada kadar yang amat perlahan dan lebih halus. Dengan menggunakan epilator ini, aku hanya perlu maintain seminggu sekali dan aku BEBAS bulu kaki & bulu ketiak (Yeay!)

Ada macam2 jenis epilator dan pelbagai jenama serta harga. Selalunya dijual di bahagian alat elektrik. Kalau nak senang, sila beli di Guardian. Sapa nak tau lebih lanjut apa itu epilator, sila klik EPILATOR.

Epilator yang aku gunakan ialah Braun Silk Epilator, beli kat guardian RM130++ (tak ingat exactly). Walaupun agak mahal, tapi sgt berbaloi sebab aku dah guna 8 tahun dan masih works fantasticly. Tak pernah rosak sekalipun. (Yeay!)

My best friend!

Closeup sket - penutup sudah dibuka

Closeup lagi... nampak tak ala2 tweeser tu...

Di sini aku nak share tips menghilangkan bulu kaki dan bulu ketiak (maaf, demo tidak disertakan :P):
  1. Langkah 1
    Sebelum epilate bulu kaki atau ketiak, pastikan anda telah exfoliate (skrub) dulu kulit dengan menggunakan sebarang skrub (skrg ni aku guna tea dari Guardian) atau serbuk teh atau kopi yang telah digunakan (aku selalu kumpul). Disamping menghilangkan sel2 mati, skrub juga boleh memastikan bulu2 yang tersumbat (ingrown) akan keluar di permukaan.
  2. Harga Skrub ni cuma RM4.90 (Murah dan berkesan)

  3. Langkah 2
    Setelah itu, keringkan betul2 kaki atau ketiak dan tabur sedkit bedak untuk menyerap semua air yang tertinggal.
  4. Langkah 3
    Pasang alat epilator dan mula mencabut bulu. Lebih baik mulakan dengan kelajuan perlahan dan tingkatkan sedikit demi sedikit. Pastikan anda menggerakkan alat epiltor kearah berlawanan dengan bulu.
  5. Langkah 4
    Teruskan mencabut bulu sampailah kaki atau ketiak menjadi licin dan bebas bulu.
  6. Langkah 5
    Oleh kerana ini adalah proses mencabut, maka akan ada sedikit warna merah di bahagian bulu yang dicabut. Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada spot yang telah dicabut, terus basuh kaki dengan air bersih dan lapkan.
  7. Langkah 6
    Jangan lupa letakkan losyen pada kaki yang telah dicukur untuk memastikan kulit lembab dan tidak merengsakan. Currently aku guna lotion cocoa butter jenama Fruit of the Earth.
    (Nota penting, sekiranya anda mencabut bulu ketiak, jangan letak apa2 di bahagian yang telah dicabut selama lebih kurang 12 jam. Jgn terus guna deodoran. Pedih oooooo!)

Lotion ni baunya tak kuat. Harga RM9.80 di Guardian

Proses selesai dan anda boleh menikmati kaki dan ketiak yang licin dan bersih. Husband akan lebih suka kalau kaki wife licin dan syok jer pegang... Dan sudah semestinya husband tak suka bulu ketiak bini terjejeh2 dan berserabut mengalahkan bulu ketiak dia....

Apapun, entri ni exeptional untuk cases lelaki yang suka perempuan berbulu (ada jugak kan?)..

Note: Jangan biarkan diri anda ”berserabut”. Saya telah menemui produk ini dan mencubanya! Anda bila lagi?

Read rest of entry

Hot Babe Kan?

Tgh digging dlm hard disk... terjumpa photo lama masa tgh bercinta dulu. Huh, boleh tahan comei jugak aku dulu kan? Wakakakka... Yang paling penting, kurus betul time ni....

Patutla Abah syok kat Mami dulu kan?

Huh!! Kurusnya!!!



Note: Boleh ke jadi hot babe balik??
Read rest of entry

Monday, June 29, 2009

Spotting? Pregnant?

Semalam kat panty ada spotting.... Tetapi... last 2 weeks baru jer period... nampak pun bukan macam period... sikit sgt... dan pagi tadi, darah udah takde...

Gambar Hiasan


So? Itu pun nak kecoh???

Isunya ialah.... sudah 3 kali aku mengandung, dan sudah 3 kali jugak ada spotting berlaku dan bila confirmkan, mmg pregnant! Ayo... camner kalau pregnant lagi?? Imran baru nak masuk 6 bulan... Harapnya false alarm.... Kalau betul la..... tak sempat la nak teruskan slimming plan aku!!!!

Imran: "Mommy, tak reti2 family planning ke???" (gambar hiasan tambahan)

Sila baca artike ini: Pregnancy Signs

Note: Kena tunggu lagi 2 minggu utk kepastian......... berdebar2...

Read rest of entry

Assalamualaikum!

Assalamualaikum!

Terkesima membaca entri seorang rakan baik, Syah tentang penggunaan istilah pendek untuk ungkapan "assalamulaikum". Oleh kerana aku antara yg gemar menggunakan istilah "salam" di dalam penulisan dan ym, maka aku agak terasa lah! Heheh.. terasa ke arah nak berubah, bukan terasa hati. :P

Sebab pada aku "salam" tu bermaksud mendoakan sejahtera kepada kawan dlm Bahasa Melayu.
Menurut Kamus Dewan: "Salam" membawa maksud:

  1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat

  2. takzim salam dan hormat; berjabat ~ berjabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb)

Tapi bila dipikirkan balik, maybe penggunaan "salam" tidak begitu manis di pembuka bicara. Kan lebih manis dan mulia jika menyapa kawan2 dengan ungkapan lengkap.

Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."


Pastu, kawan2, jawaplah sebegini ye :
Maksud : "Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Note: Thanks Syah kerna menyedarkan diri ini.

Read rest of entry

Friday, June 26, 2009

Projek "Recyled Bottles Homemade Jam"

MEMBELI BOTOL JEM TERPAKAI Jika anda mempunyai botol jem yang sudah digunakan, jangan buang botol2 tersebut. Sila jual kepada aku ye. Tak kesahlah size botol tu, asalkan masih elok untuk dikitar semula.
Harga ditawarkan: RM0.30 setiap botol

Kriteria:

  • Botol KACA
  • Lengkap dengan penutup kedap udara
  • Dicuci bersih
  • Tak retak atau pecah (pecah sikit2 pun takmo)


* Aku akan pastikan semua botol akan disteril terlebih dahulu. sebelum diguna semula.

Kalau rasanya RM0.30 sen tu sikit sgt, kumpul2 la dulu botol tu, nanti boleh pick up kat mana2. Aku sgt2 serious ingin membeli botol2 terpakai ni utk next projek aku... Tgk tajuk boleh tau kan projek aku tu apa... *wink*.

So, harap rakan2 boleh memberi sokonganlah ye.

Note: Bersama2 menjaga alam sekitar.

Read rest of entry

Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Jadi Adda!

Salam.

Hari ni Sarah Syuhada Shafie genap 4 tahun usianya.... dah besar anak dara aku ni.. bila tanya dia.. Adda dah besar ke, jwpnya.."Dah besar, dah boleh kawin dgn Adam!".. huh!!! bukan main la gediknya.... Adam tu boipren dia kat taksa la tu....

Hepi Besday Adda Sayang! (Gambar diambil pada pagi hari jadi)

Hepi 4th Besday!!! Wonderpets ke tu???

More cakes from Sarah Cupcakes.. Aik.. mana lagi 2 bijik ni??


Planning kali ni nak sambut besday Adda kat tadika jer lah. macam last year gak. Tapi kali ni Adda & kawan2 jer. Aku dah pesan kat cikgu sekolah mintak dia arrangekan apa2 yang patut. TQ cikgu Ila.
Besday Adda last Year masa 3 tahun (mood tak baik)

Semalam planning nak packing goodies utk bagi kat kawan2 Adda.. tapi last mengantuk yg amat. So, decided utk packing pagi tadi. Makanya, pagi2 buta aku dok mengepack goodies tu sorang2 (mommy la yg over excited kan).

Jam pukul 5 pagi bukan 5 petang!... (Awat ada hanger2 tu... jemur kain kat railing langsir ..hhehehe)


Anak2 & abah semua dok sedap tido.... cis!

Besday girl.. bantal Powerpuff Girls, baju Transformers!

Punyalah besar playpen, kat hujung tu jugak ko nak tido ye Imran!

Opie syok jer tido.... Kat sebelah tu bantal busuk Adda!

Aku pun memulakan sesi mengepack goodies sambil tgk MTV.


Goodies yang menanti masa untuk dipack
Setiap pack ada goodies ni..... wajib colourful

Memula nak pakai beg yg boleh reseal, kedai runcit tadak jual lak.. last2 solutionnya ialah plastik ni. Pastu stapler kan.. Murah & meet the purpose.

Tadaaaaaa... 35 bungkus sudah siap dipack utk shipment.


Semoga Adda enjoy besday & kawan2 Adda pun sker dgn cupcake & goodies tu.

Note: Mommy doakan Adda menjadi anak yang soleh, baik, bijak, pandai, mendengar kata, aktif, kreatif, dan segala yang hebat2! Mommy, Abah, Opie, Imran sayang sgt dengan Adda!

Read rest of entry

Wednesday, June 24, 2009

Esok Besday Adda

Esok my eldest, Sarah Syuhada Shafie will turn 4. Cepatnya masa berlalu. This is mommy's planning for your besday:
  1. Order cupkek dgn Auntie Sarah 50 pcs of disney characters & wonderpets cuppies.
  2. Pack goodie bags (mlm ni pulun packing sama2)
  3. Pack baju cantik dlm beg nurseri (3 beradik kena pakai baju lawa esok)
  4. Pesan kat cikgu soh adakan suasana besday utk Adda esok (Mommy kerja la, Adda celebret dgn kengkawan & cikgu la ye ... huhuhuu)
  5. Pesan kat cikgu soh ambik gambar masa Adda tgh celebret (tu pun kalu abah bagi pinjam kamera kat cikgu)

Tu jer kot rasanya... aku takde buat beday parti besar2 lagi kat Adda ye.. sebab Adda lom pandai appreciate lagi (Mommy pun agak pokai sebenarnya)... lagipun, kalu buat parti tu, yg dtgnya kawan2 mommy & abah.. kawan2 Adda seketul dua jer kot...

Peace Mommy!

Note: Dulu kecik2 takde besday parti pun...

Read rest of entry

Pemalas tapi nak kurus!

Skrg ni aku asik pikir nak kuruskan badan... Jalan termudah, aku ingat nak beli produk kuruskan badanlah. Sebabnya aku sudah tensi dengan badan aku yang semakin membuak-buak lemaknya.

Tengah survey beberapa produk. Yang mana satu yang best ye? Bila baca semua testimonial, semua macam best jer.

Produk 1 -SIY (Slim it Yourself)

Produk 2- Lax-7

Produk 3- Jus Mate-5
Produk 4- Herbalife


Note: Aku malas bersenam... mmg nak cara mudah dan berkesan jer... (dah dasar pemalas...)

Read rest of entry

fames pulak anak teruna ni

Fames betul aku tgk anak member lama aku, Ajin ni.. Skrg ni dia makin commercial la... heheh.. bagus2... Hari tu dlm haiwan teladan, pastu tom-tom bak... yg terbaru.. dlm paper STAR ruangan khas EDUWEBTV.

Danish Muqri - Hensemnya anak teruna ni...

Hebatlah la King! Agaknya Danish kenal lagi tak dgn auntie? Dulu masa kecik Danish selalu dtg opis kat in-fusion dgn rambut panjang lurus.... u are so adorable!

Note: Anak aku pun sker jer berlakon2 depan cermin.. kang mommy hantar casting ye!

Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...