Klik tau!

Tuesday, July 14, 2009

Firman Allah SWT????

Baca ayat ni dan hayati............

Kecantikan Seorang Wanita

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~

Hokey...... dah baca???
Sekarang aku nak habaq ni..........
Ini serius............
Sila ambik perhatian dan bagitau kawan2 anda!!!


Aku baru jer dapat email dari kenalan yang forwardkan ayat di atas, kononnya satu "firman Allah SWT" tentang penciptaan wanita.
Masalahnya, mungkin org yang memforward tu tak sedar yang apa yang diforwardkan tu bukan firman Allah... aku tak tau la "sajak"ciptaan sapa, tapi definitely not from the Quran! If not from the Quran, maknanya bukan firman Allah SWT.

Aku dah semak di ruangan perihal wanita, dan tak jumpa pun ayat ni dalam Quran.... Kalau aku yang lembab sampai tak jumpa, dan korang ada jumpa, sila bagi link kepada rujukan tu ye.

Keyword "wanita", cameout "Tidak ada keputusan pencarian". Keyword "perempuan" dapat list seperti di atas.


Aku yang mmg tak puas hati.. terus menggoogle ayat ni.... Rupanya, byk gila blog dan website bercirikan Islamic yang ada posting ayat ni.... Ayoyo.... apa korang ni.... nak posting pun biarlah confirm dulu.. jgn main2 dengan ayat Quran.... Korang cannot just simply forwardkan ayat yg korang rasa sedap dan membuai2 perasaan tanpa pastikan dulu sumber yang sahih dan benar.

Antaranya, sila tgk di sini:
Actually byk lagi dan dah circulate merata2.... aku malas nak paste dah... Dan semua posting dlm list di atas start dengan statement "Firman Allah SWT" atau Allah SWT berfirman".

Apa yang merisaukan ialah, tiada rujukan ayat ni dari surah mana. Setakat memulakan ayat yang ala2 sajak dengan tulisan "Allah SWT berfirman"... Guys!! This can seriously merosakkan aqidah kerana org akan percaya yang ni sebahagian dari ayat Quran, padahal palsu semata-mata.

Kepada penulis blog/website yang dilistkan di sini, harap maaf sebab ambik korang sebagai contoh. Harap korang dapat delete posting ayat ini dari blog/website korang. TQ.

Note: Kalau tak puas hati dengan aku, silalah cari sendiri ayat ini di dalam al-Quran.

3 ulasan:

zulfarina zulkeple on Wednesday, July 15, 2009 11:39:00 AM said...

Ish dari mula2 lagi dah mmg tau itu bukan dari ayat Quran. Bahasa nyer mmg ayat sajak..satu lagi takde pon suh refer mana2 ayat/surah kan....
Sy nk kata kat sini mmg jahat la sapa2 yang buat benda2 cmni kita bukan bleh suka2 ati quote2 and simply say yg tu firman Allah SWT atau pon sabda Rasulullah..berdosa tau..astagfirloh...sy dpt byk gak benda2 mcm ni klau sy tgk soheh baru la foward klau tak mmg delete tak faham betul la org skg ni mmg la sajak tu tak mengutuk tapi suka2 ati letak nama Allah??? Sbb tu la kita walaupun dilahirkan sbg seorang Islam tapi mmg kena lebih mendalami lagi agama Islam tu sndri baru bleh fight ngn org lain insyAllah...

Jajadomaq on Thursday, July 16, 2009 12:17:00 PM said...

Zul, Tu la pasal..... takut kan bila pikir balik.... akak mmg takut nak forward benda2 yang macam x pasti. Selalunya delete terus...

Satu lagi yg org suka forward ialah bila ckp ada ganjaran pahala berlipat ganda kalau forward kepada 20 org ke.. 100 org ke... atau sesuatu yg baik akan berlaku.... confident jer... Akak kalau nak forwardkan pun, delete dulu mana2 yg x logik.

zulfarina zulkeple on Friday, July 17, 2009 11:34:00 AM said...

manusia mana bleh bagi pahala kat manusia yg lain....depa ni mmg suka2 ati ja kata mcm tu..nauzubillah

 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...