Klik tau!

Wednesday, June 30, 2010

Ariel & Luna punya pasal!

Salam.

Semalam, on the way balik kerja.... this conversation took place.

Laki Aku : Abah dah tgk porn Ariel & Luna Maya.... fuh! dah macam citer porn betul!

Aku : Yeke.. so what? ish...x kuasa la nak tgk! (padahal puas dah aku search tak jumpa pun videonya)

Laki Aku : Cilaka betul taste Ariel ni.. Pan-asian jer dia bantai....

Aku : Dah camtu taste dia.... dapat pulak tu.... belasah la!

Laki Aku : Rosak.. rosak... teruk aaaa artis Indon ni....

Aku : Artis Malaysia pun lebih kurang ja.... bukan artis ja la, lani kat Indon ka, Malaysia ka sama ja maksiatnya....

Laki Aku : Tapi tu la.... pelik gak kan.... Agak2nya naper Allah timpa bala tsunami ke, gempa bumi ke.. semua kena kat Indon? Apsal Malaysia tak kena?

Aku : Errr... Mungkin sebab Malaysia tak terletak di dalam kawasan Lingkaran Api Pasifik....

............................. lama dia tgk muka aku....

Laki aku : Mmmm.. ulam raja yang beli hari tu ada lagi tak dalam peti ais... kalau ada, tumis goreng belacan aa malam ni...

Hahahahahha....

OK. Jawapan aku mmg macam sial!

Actually, patutnya jawapan yang sesuai seharusnya, Allah masih sayangkan Malaysia ni, masih memberi peluang kat rakyat terutama yang beragama Islam untuk berusaha mengekang semua maksiat yang sedang berleluasa ni...

Ambik la iktibar dari peristiwa bala yang menimpa negara-negara jiran untuk kita sama2 berusaha mengubah nasib kita di bumi bertuah ni.

Note:
Ulam raja goreng belacan siap! Licin boss makan smlm ek!
Read rest of entry

Mimpi itu mungkinkah bermakna?

Salam.

Dua malam lepas aku ada mimpi.... mimpi ni macam betul sampai bila bangun aku berpeluh2. Mimpi tu mula lebih kurang camni la....

Aku ada kat bilik aku kat opis tengah buat kerja.... tetiba handphone aku bunyi... aku tgk nombor kat handphone...999..huh! cuak beb! pastu aku pun dengan suspennya angkat la phone.

"Puan, kami dari bilik mayat... nak inform yang suami puan dah takde, mati lemas kat sungai..".............................................. long silence jap....

Pastu, aku just ckp.."Ok. TQ for informing..." (bukan main lagi ckp omputih).

Then, lepas tu aku meneruskan life cam biasa la... sempat buat presentation kat client (ntah dok present apa la.... mimpi beb....mmg merapu)

Hinggalah satu hari tu... masa aku hantar anak gi tadika, cikgu tadika tanya..."Kak, husband akak tanam kat mana?"..... berkerut dahi aku...............

Ya Rabbi.... seriously aku tak tau........... baru aku terpikir.. bila masa pulak aku tuntut mayat dan tanam laki aku????? (damn la mimpi ni..... kejinya aku!)

Tetiba lak aku dah tercungap sampai kat bilik mayat.. aku tanya la kat doktor kat situ... dia jawap..."dah dekat seminggu kami tunggu pastu takde orang tuntut... pastu semalam kami jumpa nombor telefon kampung suami puan. Mak mentua puan dah tuntut pagi tadi.".......... (damn again.... habis reputasi aku!)

Aku pun terus tepon mak mentua aku... dia angkat...background aku dengar jelas bacaan yassin.....

Tapi.... mak mentua aku diam ja... dia takmo cakap dengan aku.... menjerit2 aku dok panggil mak...mak... !!!

Then, dia ckp....."Nurul .... ko ckp dengan pompuan ni.... aku tak hingin!".......... (Nurul ni ex HR company aku, xyah tanya apa dia buat kat kampung husband... ni mimpi ok!)

Pastu, Nurul ckp... "Mak mentua akak tak nak ckp.. dia kecewa akak buat anak dia camtu..." (eleh...mak mentua aku tak ckp pun dia kecewa, si Nurul ni lak yg lebih2!)...

Aku pun start la meraung-raung ckp yang aku tak dak niat langsung... aku dok jerit jangan tanam laki aku lagi... aku nak balik kampung skrg gak... anak2 tak tengok bapak diorg lagi.............

Semua staff kat bilik mayat dok tercengang-cengang tgk aku... ntah2 mayat2 dalam peti ais tu sekali dok hangin tgk aku dok meraung...

Dalam aku dok meraung cam pompuan gila tu... aku terjaga... basah baju...peluh menitik....

Iskandar (my new baby-nanti aku buat posting dia ek) merengek nak susu...

Esoknya aku citer kat laki aku.... dia selamba ckp.. byk dosa la tu.... aku balas balik... dok mandi sungai dengan pompuan kan? sebok buat maksiat la tu sampai mati lemas... boleh?

Pendapat korang camna? Ada benda ke yang mak mentua aku terasa?

Note:
Nak balik kampung laki lah weekend ni...
Read rest of entry

Tuesday, June 29, 2010

Perangai Pelik

Salam.

Kalau korang biasa tgk katun Jepun (aku hari2 layan katun) mesti tau citer pasal satu famili yang penuh dengan idea2 camna nak save duit. Keluarga Hageda ni ada anak berkepala botak bernama Hagemaru. At the end of each episod selalunya akan disenaraikan 10 perangai pelik famili tu yang obsess dengan cost saving... selalunya memang merapu dana la perangai2 depa tu.....

Keluarga Hageda
(source dari google image - original IP unknown)


Tapi apa yg tak peliknya dari cerita ni ialah pastinya setiap kita mesti ada paling tidak 1 perangai pelik kan?

Macam aku ni... perangai semasa beli barang online... selagi aku tak beli baraang yang aku dok aim.. selagi tu la aku dok belek bermacam2 website/blog, berhari-hari. Bila dah beli dan dah ada benda tu depan mata, secara otomatiknya aku tak macam dah peduli nak ambik tau dah... barang tu pun selalunya 2-3 hari ja aku dok obsess nak pakai/guna.


Mmm... apakah perangai pelik korang ek?


Note:
Perangai camna pun tak kesahlah, janji jangan menyusahkan orang!
Read rest of entry

Cincin Best

Halo semua!

Lama betoi aku tak menulis kat blog ni... hari2 ckp dgn diri sendiri nak masuk blog dan updet.. tapi hari2 dok kata ja la kat diri sendiri... dasar pemalas!

Anyway, mau share satu produk best.... apa kejadahnya produk ni adalah dijual oleh laki aku yang rasa dia sgt terel dlm bab2 mengebestkan bini dia. Maka, haruslah dikongsi. (Ish pompuan ni...dah la lama tak updet blog, updet2 jer promote alat bantuan memuaskan nafsu!hahahahha)

Blog jualan adalah masih dlm pembikinan.. nanti lama2 lawa la blog tu... tapi yang pasti produk boleh terus dibeli ya... jgn malu2 sebab aku gerenti produk adalah sangat2 best. Mesti cuba try test!

Sila click sini untuk mengorder. Korang sms la kata nak beli, nanti dia bagi akaun number. pastu, dia pos. Harga adalah termasuk bayaran mengepos. Oh ya, sila baca disclaimer ye. Produk ni hanya dijual kepada suami isteri yang sah sahaja. Kalau sesiapa yang belum berkahwin pastu nak cuba try test kat pasangan, sila la jangan beli kat situ ek. Eh silap.. sila jangan beli langsung kat mana2 pun. Apa kehalnya korang nak beli benda2 ni pastu gi buat maksiat! Baik simpan duit buat kawin.

Begini rupanya. Gambar dicilok dari blog dia.

Nota:
Ni bisnes dia, bukan bisnes aku tau... aku gatai promote ja sebab aku memang gatai!

Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...