Klik tau!

Tuesday, June 30, 2009

Masalah bulu ketiak & bulu kaki?

Huh tak suka dengan masalah ni!... Ada ke yang suka ek?? Inilah satu masalah yang sering merencatkan kecantikan seorang wanita, BULU KAKI dan BULU KETIAK. Dah lah sangat merimaskan dan menggelikan, malah sungguh tidak proper dan kewanitaan!

Ada ke yg simpan sampai cam ni?? Tolong la jawap takde!

Kalau warna blond pun nampak serabai, bayangkan kalau warna hitam???

Mari memulakan kisah.

Aku, yang dilahirkan dalam keturunan yang berbulu lebat, sangat2 hate the fact yang aku jugak mewarisi kelebatannya! Aku memang mendapati masalah ni hadir sejak akil baligh... and I hate it! Aku tak suka bulu kaki yang panjang walaupun sehalus mana pun dan yang paling tak suka kehadiran bulu ketiak!

Kalau yang lelaki dengan seluruh badan berbulu dianggap seksi (aku tak minat), perempuan pulak dianggap jelik dan tidak menggiurkan langsung (Kisah benar - bulu kaki bini lagi lebat dari laki.... tak bestnya la!).

Masa muda dan kurang pengetahuan, aku selalu shave bulu kaki dan bulu ketiak... dan ini telah menyebabkan ianya makin tumbuh lagi kasar & lagi panjang (huh!! Tak suka!) Dan yang lagi membosankan, ianya tumbuh pada kadar yang lebih pantas dan asyik nak kena cukur selalu (boring tau!). Pernah jugak guna wax yang melekit, foam yang bilas boleh tanggal bulu.. dan lain2 yang semuanya memberi temporary solutions yang tak berapa best.

Selepas kewujudan internet dan aku pun dan pandai menggooggle, aku mula belajar sedikit sebanyak cara menghilangkan bulu ketiak dan bulu kaki dengan lebih efektif, jangka panjang dan cost efective.

Akhirnya, pencarian aku berakhir 8 tahun yang lalu bila dipertemukan dengan satu solution pembuangan bulu yang sangat efektif iatu EPILATOR. Sejak dari tu, aku terus stick dengan alat miracle ini dan terus menggunakannya sampai ke hari ni. Walaupun bulu tak hilang permanently, yang bagusnya, apabila menggunakan epilator, ianya tumbuh pada kadar yang amat perlahan dan lebih halus. Dengan menggunakan epilator ini, aku hanya perlu maintain seminggu sekali dan aku BEBAS bulu kaki & bulu ketiak (Yeay!)

Ada macam2 jenis epilator dan pelbagai jenama serta harga. Selalunya dijual di bahagian alat elektrik. Kalau nak senang, sila beli di Guardian. Sapa nak tau lebih lanjut apa itu epilator, sila klik EPILATOR.

Epilator yang aku gunakan ialah Braun Silk Epilator, beli kat guardian RM130++ (tak ingat exactly). Walaupun agak mahal, tapi sgt berbaloi sebab aku dah guna 8 tahun dan masih works fantasticly. Tak pernah rosak sekalipun. (Yeay!)

My best friend!

Closeup sket - penutup sudah dibuka

Closeup lagi... nampak tak ala2 tweeser tu...

Di sini aku nak share tips menghilangkan bulu kaki dan bulu ketiak (maaf, demo tidak disertakan :P):
  1. Langkah 1
    Sebelum epilate bulu kaki atau ketiak, pastikan anda telah exfoliate (skrub) dulu kulit dengan menggunakan sebarang skrub (skrg ni aku guna tea dari Guardian) atau serbuk teh atau kopi yang telah digunakan (aku selalu kumpul). Disamping menghilangkan sel2 mati, skrub juga boleh memastikan bulu2 yang tersumbat (ingrown) akan keluar di permukaan.
  2. Harga Skrub ni cuma RM4.90 (Murah dan berkesan)

  3. Langkah 2
    Setelah itu, keringkan betul2 kaki atau ketiak dan tabur sedkit bedak untuk menyerap semua air yang tertinggal.
  4. Langkah 3
    Pasang alat epilator dan mula mencabut bulu. Lebih baik mulakan dengan kelajuan perlahan dan tingkatkan sedikit demi sedikit. Pastikan anda menggerakkan alat epiltor kearah berlawanan dengan bulu.
  5. Langkah 4
    Teruskan mencabut bulu sampailah kaki atau ketiak menjadi licin dan bebas bulu.
  6. Langkah 5
    Oleh kerana ini adalah proses mencabut, maka akan ada sedikit warna merah di bahagian bulu yang dicabut. Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada spot yang telah dicabut, terus basuh kaki dengan air bersih dan lapkan.
  7. Langkah 6
    Jangan lupa letakkan losyen pada kaki yang telah dicukur untuk memastikan kulit lembab dan tidak merengsakan. Currently aku guna lotion cocoa butter jenama Fruit of the Earth.
    (Nota penting, sekiranya anda mencabut bulu ketiak, jangan letak apa2 di bahagian yang telah dicabut selama lebih kurang 12 jam. Jgn terus guna deodoran. Pedih oooooo!)

Lotion ni baunya tak kuat. Harga RM9.80 di Guardian

Proses selesai dan anda boleh menikmati kaki dan ketiak yang licin dan bersih. Husband akan lebih suka kalau kaki wife licin dan syok jer pegang... Dan sudah semestinya husband tak suka bulu ketiak bini terjejeh2 dan berserabut mengalahkan bulu ketiak dia....

Apapun, entri ni exeptional untuk cases lelaki yang suka perempuan berbulu (ada jugak kan?)..

Note: Jangan biarkan diri anda ”berserabut”. Saya telah menemui produk ini dan mencubanya! Anda bila lagi?

Read rest of entry

Hot Babe Kan?

Tgh digging dlm hard disk... terjumpa photo lama masa tgh bercinta dulu. Huh, boleh tahan comei jugak aku dulu kan? Wakakakka... Yang paling penting, kurus betul time ni....

Patutla Abah syok kat Mami dulu kan?

Huh!! Kurusnya!!!



Note: Boleh ke jadi hot babe balik??
Read rest of entry

Monday, June 29, 2009

Spotting? Pregnant?

Semalam kat panty ada spotting.... Tetapi... last 2 weeks baru jer period... nampak pun bukan macam period... sikit sgt... dan pagi tadi, darah udah takde...

Gambar Hiasan


So? Itu pun nak kecoh???

Isunya ialah.... sudah 3 kali aku mengandung, dan sudah 3 kali jugak ada spotting berlaku dan bila confirmkan, mmg pregnant! Ayo... camner kalau pregnant lagi?? Imran baru nak masuk 6 bulan... Harapnya false alarm.... Kalau betul la..... tak sempat la nak teruskan slimming plan aku!!!!

Imran: "Mommy, tak reti2 family planning ke???" (gambar hiasan tambahan)

Sila baca artike ini: Pregnancy Signs

Note: Kena tunggu lagi 2 minggu utk kepastian......... berdebar2...

Read rest of entry

Assalamualaikum!

Assalamualaikum!

Terkesima membaca entri seorang rakan baik, Syah tentang penggunaan istilah pendek untuk ungkapan "assalamulaikum". Oleh kerana aku antara yg gemar menggunakan istilah "salam" di dalam penulisan dan ym, maka aku agak terasa lah! Heheh.. terasa ke arah nak berubah, bukan terasa hati. :P

Sebab pada aku "salam" tu bermaksud mendoakan sejahtera kepada kawan dlm Bahasa Melayu.
Menurut Kamus Dewan: "Salam" membawa maksud:

  1. sejahtera (dlm kata majmuk), damai; 2. (pemberian) hormat, (penyataan) hormat

  2. takzim salam dan hormat; berjabat ~ berjabat tangan; memberi ~ mengucapkan kata hormat (spt assalamualaikum dsb)

Tapi bila dipikirkan balik, maybe penggunaan "salam" tidak begitu manis di pembuka bicara. Kan lebih manis dan mulia jika menyapa kawan2 dengan ungkapan lengkap.

Maksud : "Salam sejahtera dan rahmat Allah serta keberkatan keatasmu."


Pastu, kawan2, jawaplah sebegini ye :
Maksud : "Ke atas kamu salam sejahtera dan rahmat Allah satu keberkatan keatasmu".

Note: Thanks Syah kerna menyedarkan diri ini.

Read rest of entry

Friday, June 26, 2009

Projek "Recyled Bottles Homemade Jam"

MEMBELI BOTOL JEM TERPAKAI Jika anda mempunyai botol jem yang sudah digunakan, jangan buang botol2 tersebut. Sila jual kepada aku ye. Tak kesahlah size botol tu, asalkan masih elok untuk dikitar semula.
Harga ditawarkan: RM0.30 setiap botol

Kriteria:

  • Botol KACA
  • Lengkap dengan penutup kedap udara
  • Dicuci bersih
  • Tak retak atau pecah (pecah sikit2 pun takmo)


* Aku akan pastikan semua botol akan disteril terlebih dahulu. sebelum diguna semula.

Kalau rasanya RM0.30 sen tu sikit sgt, kumpul2 la dulu botol tu, nanti boleh pick up kat mana2. Aku sgt2 serious ingin membeli botol2 terpakai ni utk next projek aku... Tgk tajuk boleh tau kan projek aku tu apa... *wink*.

So, harap rakan2 boleh memberi sokonganlah ye.

Note: Bersama2 menjaga alam sekitar.

Read rest of entry

Thursday, June 25, 2009

Selamat Hari Jadi Adda!

Salam.

Hari ni Sarah Syuhada Shafie genap 4 tahun usianya.... dah besar anak dara aku ni.. bila tanya dia.. Adda dah besar ke, jwpnya.."Dah besar, dah boleh kawin dgn Adam!".. huh!!! bukan main la gediknya.... Adam tu boipren dia kat taksa la tu....

Hepi Besday Adda Sayang! (Gambar diambil pada pagi hari jadi)

Hepi 4th Besday!!! Wonderpets ke tu???

More cakes from Sarah Cupcakes.. Aik.. mana lagi 2 bijik ni??


Planning kali ni nak sambut besday Adda kat tadika jer lah. macam last year gak. Tapi kali ni Adda & kawan2 jer. Aku dah pesan kat cikgu sekolah mintak dia arrangekan apa2 yang patut. TQ cikgu Ila.
Besday Adda last Year masa 3 tahun (mood tak baik)

Semalam planning nak packing goodies utk bagi kat kawan2 Adda.. tapi last mengantuk yg amat. So, decided utk packing pagi tadi. Makanya, pagi2 buta aku dok mengepack goodies tu sorang2 (mommy la yg over excited kan).

Jam pukul 5 pagi bukan 5 petang!... (Awat ada hanger2 tu... jemur kain kat railing langsir ..hhehehe)


Anak2 & abah semua dok sedap tido.... cis!

Besday girl.. bantal Powerpuff Girls, baju Transformers!

Punyalah besar playpen, kat hujung tu jugak ko nak tido ye Imran!

Opie syok jer tido.... Kat sebelah tu bantal busuk Adda!

Aku pun memulakan sesi mengepack goodies sambil tgk MTV.


Goodies yang menanti masa untuk dipack
Setiap pack ada goodies ni..... wajib colourful

Memula nak pakai beg yg boleh reseal, kedai runcit tadak jual lak.. last2 solutionnya ialah plastik ni. Pastu stapler kan.. Murah & meet the purpose.

Tadaaaaaa... 35 bungkus sudah siap dipack utk shipment.


Semoga Adda enjoy besday & kawan2 Adda pun sker dgn cupcake & goodies tu.

Note: Mommy doakan Adda menjadi anak yang soleh, baik, bijak, pandai, mendengar kata, aktif, kreatif, dan segala yang hebat2! Mommy, Abah, Opie, Imran sayang sgt dengan Adda!

Read rest of entry

Wednesday, June 24, 2009

Esok Besday Adda

Esok my eldest, Sarah Syuhada Shafie will turn 4. Cepatnya masa berlalu. This is mommy's planning for your besday:
  1. Order cupkek dgn Auntie Sarah 50 pcs of disney characters & wonderpets cuppies.
  2. Pack goodie bags (mlm ni pulun packing sama2)
  3. Pack baju cantik dlm beg nurseri (3 beradik kena pakai baju lawa esok)
  4. Pesan kat cikgu soh adakan suasana besday utk Adda esok (Mommy kerja la, Adda celebret dgn kengkawan & cikgu la ye ... huhuhuu)
  5. Pesan kat cikgu soh ambik gambar masa Adda tgh celebret (tu pun kalu abah bagi pinjam kamera kat cikgu)

Tu jer kot rasanya... aku takde buat beday parti besar2 lagi kat Adda ye.. sebab Adda lom pandai appreciate lagi (Mommy pun agak pokai sebenarnya)... lagipun, kalu buat parti tu, yg dtgnya kawan2 mommy & abah.. kawan2 Adda seketul dua jer kot...

Peace Mommy!

Note: Dulu kecik2 takde besday parti pun...

Read rest of entry

Pemalas tapi nak kurus!

Skrg ni aku asik pikir nak kuruskan badan... Jalan termudah, aku ingat nak beli produk kuruskan badanlah. Sebabnya aku sudah tensi dengan badan aku yang semakin membuak-buak lemaknya.

Tengah survey beberapa produk. Yang mana satu yang best ye? Bila baca semua testimonial, semua macam best jer.

Produk 1 -SIY (Slim it Yourself)

Produk 2- Lax-7

Produk 3- Jus Mate-5
Produk 4- Herbalife


Note: Aku malas bersenam... mmg nak cara mudah dan berkesan jer... (dah dasar pemalas...)

Read rest of entry

fames pulak anak teruna ni

Fames betul aku tgk anak member lama aku, Ajin ni.. Skrg ni dia makin commercial la... heheh.. bagus2... Hari tu dlm haiwan teladan, pastu tom-tom bak... yg terbaru.. dlm paper STAR ruangan khas EDUWEBTV.

Danish Muqri - Hensemnya anak teruna ni...

Hebatlah la King! Agaknya Danish kenal lagi tak dgn auntie? Dulu masa kecik Danish selalu dtg opis kat in-fusion dgn rambut panjang lurus.... u are so adorable!

Note: Anak aku pun sker jer berlakon2 depan cermin.. kang mommy hantar casting ye!

Read rest of entry

Nenek, Mastura & Puduraya

Busy.. busy.. busy… tak sempat lah nak updet blog ni… maka aku summarykan jerlah apa yg terjadi weekend dan 2-3 hari ni….

Weekend- Sabtu

Pergi ambik adik, Mastura aku kat UiTM Shah Alam. Cuti semester dan kena kosongkan bilik. Dia kena pindah ke kolej kediaman pelajar perubatan kat selayang. Lepas ni akan buat klinikal kat hospital selayang lak. Kolej kediaman perubatan tu baru gila, susah benar nak carik sebab tak dak signboard..... Tak dapat nak ambik gambar kolej kediaman sebab kamera mastura pinjam dah simpan dlm kotak.. tak sempat nak keluarkan, terus balik lepas tu.


Lepas ni sapa masuk Hospital Selayang, kalau jumpa Noor Mastura Omar Khan, tu adik aku.


Ni la adik aku, Mastura



Weekend- Ahad
Macam biasa, pergi Giant Kinrara beli belah brg dapur & barang kedai... pun lupa nak bawak kamera....... apo la.... tak bestnya entri tak dak gambar... (maap la membosankan korang). Mak mentua aku lak dtg dari kampung. Dia tumpang keta sepupu husband... Maka aktiviti melayan mak mentua pun tercetus.

Isnin
Adik aku mastura mengada2 nak balik Penang jugak. So, aku pun kena gi hantaq la dia gi pudu. Dahla tak beli tiket bas, dia nak balik gak.. So, mengekor la aku ke opis.. aku dah ckp.. Abang ipaq dia sebok kat kedai.. takde maknanya nak hantaq dia pagi2.. last2 dok la kat opis aku ni sepanjang pagi sampai tengah hari.... sempat lak gi tido kat surau comei opis... hahahhaha... Lepas tu aku ambik time off hantaq dia balik..... bas kul 3.30.

Comel kan adik beradik ni??

Kat pantri opis....

Pudu sekarang ni not so bad la... dah takde bau2 hancing dan keadaan ruang legar pun agak bersih dan berangin (ada ekon rasanya)... Signboard pintu pintu dah tukar kepada yg lebih komersial...

Ada kedai alteration kat Puduraya ni.... aku pernah hantaq gak, murah & bagus!

Macam2 ada.. dari beg tangan 'berjenama' ke topeng power rangers!

Ish... gemoknya aku!!

Lampu kat Puduraya pun dah cantik....

Ruang legar yang bersih

Signboard pintu yang lebih lawa dan tersusun

Selasa
Tak dak apa2 yang best pun.... balik jem gak.. sampai umah nak pengsan gak... Imran mak mentua aku jaga, cuma kakak2 hantaq ke nuseri...

Rabu
Pagi ni... laki aku gi hantaq mak dia balik gi stesen Puduraya... semalam bapak mentua ku tepon ckp dia tak sehat.. soh mak mentua aku balik (hohoho.. rindu ka???).

Nenek & Cucu2nya (Gambar ni ambik pagi tadi masa nak hantaq budak2 gi nuseri - Adda dgn bantal busuk manjang!)


Makanya, tu jalah citer yang ntah apa2 tapi nak tulis gak kat blog ni sebab kalau tak updet kang tak up to det la ....

Note: Nak kena kuruskan badan la.. dalam gambaq cam hapa ntah!

Read rest of entry

Thursday, June 18, 2009

Cinta Sepanjang Zaman

Klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Note: Akan datang ke sekarang dah macam ni?
Read rest of entry

Al-Quran, 4:19

Salam.

Aku suka membaca surah An-Nisaa’ kerana ianya very close to heart. Surah An-Nisaa' ialah surah ke 4 di dalam susunan al-Quran. Sebagai wanita, surah ni sesuai dijadikan rujukan untuk kehidupan seharian kita. Sebab di dalam surah ni, banyak Allah terangkan tentang hukum hakam pergaulan antara wanita dan lelaki.

Sebelum aku proceed, sedikit Info pasal surah An-Nisaa':
Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain.


Ayat yang menjadi pilihan aku hari ini ialah Ayat 19 dari Surah An-Nisaa’. Gambar ref: http://www.al-islam.com/
Terjemahannya:

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). "
Al-Quran, 4:19

Mari kita tgk satu per satu isi kandungan ayat ni ye.

"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata..."

Untuk pengetahuan korang, pada zaman jahilliah, seorang wanita yang kematian suami, tidak boleh mempusakai harta peninggalan suami. Lebih teruk lagi, wanita tu pulak yang djadikan sebagai harta pusaka yang boleh diwarisi oleh kaum keluarga suami. OMG!!! Maksudnya, sesiapa antara ahli keluarga yang mewarisi harta suami akan turut mewarisi isterinya setelah kematian suami tersebut. Yang tak bestnya, terpulanglah kepada pewaris tu nak buat apa dengan isteri tu… kalau dia suka, dia boleh kahwin dengan pompuan tu atau buat apa saja dengan pompuan tu kerana pompuan tu dikira sebagai harta yang telah diwarisi. Yang sering berlaku ialah kalau dia tak suka pada pompuan tu, pewaris tu akan menahan pompuan dari berkahwin lain untuk memastikan yang harta (mas kahwin) yang diberikan kepada pompuan tu oleh suaminya tak terlepas ke tangan orang lain.

Betapa rendahnya martabat wanita pada zaman jahillilah kan???? Tetapi, setelah kedatangan Islam, Allah SWT telah menurunkan ayat ini untuk menghapus pewarisan isteri dan membenarkan wanita mendapat harta peninggalan suaminya dan dia tidak boleh lagi diwarisi oleh kaum keluarga sekiranya kematian suami, malah hukumnya ialah haram.

Kita lihat pulak sambungan ayat.

“.... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."

Di dalam ayat ni jugak, Allah SWT memberi panduan kepada suami supaya melayan isteri dengan cara yang baik. Tapi, jika seorang isteri dah buat perangai mengada2 dan menjelikkan sampai boleh menimbulkan kebencian pada suami, jangan lah pulak suami senang2 ja nak menceraikan isteri. Allah menyatakan, mungkin perangai isteri yang suami dok benci sangat tu, ada kebaikan yang banyak kepada suami. Antara kebaikan yang aku boleh pikir ialah:

  1. Suami menjadi orang yang lebih sabar dan matang bila berdepan dengan karenah sapa2 jer kat opis ke, kat pasar ke, kat game bola ke…sebab kat umah ada lagi teruk dia dok handle…. Hahahaha.
  2. Suami akan dilihat sebagai seorang yang cool di mata anak2, jiran tetangga, sahabat handai sebab tak ambik port dengan perangai bini yang menjelekkan (asalkan jangan sampai ke tahap jadi suami dayus la)… Mesti orang akan kagum dengan suami ni… dan sambil garuk2 kepala akan ckp.. “camner ek dia handle? Aku tgk bini dia pun rasa nak terajang jer” ..
  3. Suami tentunya akan mendapat pahala yang besar berkat kesabaran dan kegigihan dia menjaga tatatertib sebagai seorang suami dan tidak jemu2 memberi pengajaran kepada isteri dengan cara berhemah dan berlemah lembut.
  4. Maybe jugak berkat kesabaran suami ni, isteri tu akan termalu sendiri tgk perangai dia yang bukan2 dan maybe akan terbuka hati untuk menjadi isteri yang lebih baik. Mana tau kan??
OK, itulah yang aku boleh simpulkan dari ayat di atas berdasarkan bacaan dan pemahaman dari tafsir al-Quran. Kalau ada yang nak tambah atau komen apa2, sila kan ye.

Note: Nasib baik hidup dalam zaman sesudah Islam. Bayangkan kalau suami meninggal kena jadi harta pusaka dan dapat kat Abang Ipar ke, adik Ipar ke... pastu kena kahwin lak dengan diorg.. no..no..no... its so ewwwwww!!!
Read rest of entry

Tuesday, June 16, 2009

Surah 1- Al-Fatihah

Salam.
Seperti yg aku bagitau pasal ruangan sehari sepotong ayat, maka aku mulakan dulu la ye dengan Surah 1- Al-Fatihah. Surah ni, untuk pengetahuan korang ialah surah yang pertama sekali korang akan jumpa bila bukak al-Quran dan surah yang paling kerap sekali dibaca oleh umat Islam. Ni ada sikit info pasal surah Al-fatihah:

Surah Al-Fatihah (Arab: الفاتح , al-Fātihah, "Pembukaan") adalah surah pertama dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah (kategori - Makiyyah) dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada dalam al-Quran. Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur'an (induk Al-Quran/أمّ القرءان) atau Ummul Kitab (induk Al-Kitab/أمّ الكتاب) karena dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang/السبع المثاني) karena jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Gambar ref: www.al-islam.com

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Wow, hebatkan bait2 ayat dalam surah ni. Bagi aku surah ni sangat lengkap merangkumi apa yang Allah SWT mahukan dari kita sebagai hambanya dan degan satu surah ni, semua tentang hubungan kita dengan Allah dijelaskan dengan ringkas, bernas dan padat. Cuba kita tgk satu persatu ye:
  1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
    Bismillah sendiri adalah termasuk dlm surah Al-Fatihah. Sangat indah membaca sesuatu yang dimulakan dengan memuji nama Allah. Maka, setiap kali kita membaca al-Fatihah, perlu sgt2 kita mulakan dengan bismillah ye, kerana ia adalah ayat pertama dari surah ini.

  2. "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
    Ayat ni pulak dengan jelas sekali menerangkan kepada manusia bahawa setiap sesuatu benda, termasuklah aku, korang, bumi, planet, cakerawala, alien, mambang tanah, bomoh siam, setan nirrojim dan segala2nya adalah kepunyaan Allah SWT dan Dia jugaklah yang mentadbir dan memelihara setiap sesuatu benda tu.

  3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
    Ayat ni nak menunjukkan kepada kita betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kat makhluk ciptaannya, terutama sekali manusia. Bayangkanlah kalau setiap kali kita memuji Allah SWT pemurah dan mengasihani... bukankah bagus??? Setiap kali tulah diharap Dia melimpahi kita dengan kasih sayang dan rahmat.. amin...

  4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)."
    Allah juga selitkan bahawa jangan manusia lupa sama sekali walaupun Dia menguasai semua yg ada di alam nyata ni, Dia juga menguasai dunia akhirat nanti. Jangan memain! Betapa besarnya kuasa Allah SWT.

  5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
    Ni ayat yang aku paling suka dan paling syahdu bila membacanya... Sebabnya, di kala aku ada masalah, emosi tak tenteram.. aku akan baca ayat ni.... tak perlu nak jumpa bomoh siam, soh dia tolong bacakan.... baca sendiri jer... hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan... Amalkan selalu ye.. satu lagi, kalau takut nak lalu lorong2 sunyi tu, baca ayat ni ye... harap dapat perlindungan dari jin, hantu, perogol, penyagak...insyallah.....

  6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus."
    Sapa nama Siratul ke Mustaqim ke patut bangga sebab nama dia dtg dari ayat ni.... hehehhe.... Cuba korang bayangkan kalau setiap hari dlm solat kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus, permudahkan laluan hidup, kalau ada masalah harap Allah show the way, show the right path... jalan yang diredhai, takmo la jalan songsang ke lorong Haji Taib ke ....

  7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
    Penutup ayat yang fantastic. Sudah terang lagi mau bersuluh ka???? Kalau betul2 kita hayati ayat ni, kita akan betul2 terselamat dari noda dan dosa dunia. Ewah! Ye la... Dah sah2 kita mohon Allah beri kenikmatan dan jauhi kita dari termasuk dalam golongan yang dimurkai dan sesat. tapi, susah nak citer pasal nikmat ni ye, sebab berbeza perasan masing2.. maybe kenikmatan orang yg solat kusyuk berbeza dengan yang solat memain... tapi, dengan sentiasa memohon kepada Allah, maka diharap, akan merasailah nikmat yang dimaksudkan dlm ayat ni. Aku sendiri masih tertanya2, di mana nikmat solat tu? Ni kes solat tak kusyuk la...

Ok... tu adalah pandangan peribadi aku berdasarkan apa yang aku baca dan fahami. Kalau ada salah, harap dapat tegur dan sama2 memperbaiki pemahaman kita. Lagipun Quran untuk dibaca, difahami dan diamalkan.

Note: Aku masih ragu2 sama ada sesuaikah aku yang menulis tentang benda ni? Tapi, pendapat peribadi aku, al-Quran bukanlah dokumen rasmi kerajaan atau bahan sulit yang tidak boleh diperbincangkan secara terbuka. Asalkan jangan mempertikaikan kata2 Allah atau membuat penafsiran sendiri yang sesat dan salah, aku rasa tidak menjadi satu kesalahan. Lagi pun aku sangat berminat membacanya dan sangat sukakannya....

* Gambar telah diedit kepada gambar baru yang lebih terang.

Read rest of entry

Sehari Sepotong Ayat Quran

Salam.

Aku harap korang jgnlah ingat aku ni mengada2 atau macam cas bagus... tapi hakikatnya, aku mmg suka membaca tafsir al-Quran. Di sebelah aku (katil) memang ada tafsir al-Quran yang aku baca hampir setiap malam. Tak percaya, boleh tanya abang nasik ayam.. hehehehhe..... Kenapa aku obses membaca tafsir? Sebab hakikatnya, aku tak pandai membaca Quran.

Kalau nak cerita kisah kenapa aku tak pandai baca Quran mmg cerita yang aku tak suka ingat. Tapi aku citer la jugak sebagai pengajaran ye. Aku mula belajar membaca Quran masa kecil, dlm umur 7-8 tahun. Kebiasaan zaman time aku kecik, mak bapak suka suruh gi mengaji umah orang mengajar Quran. Termasuk lah aku... masa tu, belajar rumah Tok Siti. Aku belajar sampai almost habis Quran kecik (tapi mmg aku tak lancar pun, benak hati mak aku cakap)...

Masuk umur 9 tahun (kalau tak silap), ada satu ustaz, offer diri nak mengajar dari umah ke umah.... parents aku ckp, bagus gak ni.... so, aku dan adik aku serta sepupu2 startlah belajar dengan ustaz ni (aku tak ingat nama dia) kat umah auntie aku. Selalunya masa ustaz tu dok mengajar, auntie aku takde la dok sama.. buat hal sendiri la... Seminggu pertama belajar macam ok jer la.. dia akan dudukkan kami dlm satu bulatan dan akan soh baca sorang sorang... sepupu pompuan aku yg belajar sama dan paling kecik time tu, umur 7 tahun (nama terpaksa dirahsiakan) selalunya duduk sebelah ustaz. Ustaz tu yg suruh.... so, tak perlah kan.. Walaupun 7 tahun, tapi badan sepupu aku ni agak gempal.... mmm.. kategori comei la...

Masuk minggu ke2, ustaz ni mula buat perangai yg pelik....... macam biasa, kami didudukkan dalam 1 pusingan..... dan sepupu aku yg kecik ni macam biasa dok sebelah dia..... hari tu, aku mengadap depan2 ustaz..... dalam aku dok menbaca quran tu, aku tetiba tgk tangan ustaz tu dah merayap dlm baju sepupu aku.... dok gentel2, ramas2!!! Adik sepupu aku pun muka dah cuak... macam nak nangis.. Tapi dia cam blur, macam tak tau nak buat apa..... aku pun cam dah terbenti baca Quran tu.... mata aku dok asyik tgk jer tangan ustaz tu.... dan aku terus sound.... lebih kurang cam ni "Ustaz! Pasai apa tangan ustaz dlm baju XXX???" Terperanjat ustaz tu... terus dia tarik tangan, dan terus dia ckp class is over for today (takde la ckp omputih).... Sepupu aku terus menangis....... Lepas tu, Ustaz tu terus pek barang blah cepat2.. dan terus menghilangkan diri dan tak dapat dikesan!!! Cis!! pedofil rupanya!!!!!

Lepas ustaz tu cabut, aku terus bagitau kat auntie aku... ckp yg ustaz raba sepupu aku... auntie aku terus panik, tapi ustaz tu dah menghilangkan diri... rupanya, takde sapa yg kenai ustaz tu, dia yg dtg kat umah tanya nak mengajar anak mengaji.... mak bapak pulak tanpa usul periksa on jer.... (mmm... pengajaran ni tau! Jangan sekali2 percaya ustaz2 mana ntah)

So, lepas tu, mak bapak aku semacam trauma lak nak hantar mengaji... aku pun time tu agaknya syok kot tak yah mengaji (kui3.. budak2 biasalah kan!)... Lepas tu, aku macam tak ingat pulak sambung belajar mengaji... rasanya Nani (nenek) aku ada ajar kejap.. tapi selalunya kami main2 dan bo layan sama dia (notti sungguh cucu ni)...

Jadi, padanlah muka aku.... so, sampai ke tua aku mmg tak lancar baca Quran.. kalau baca very terkedek2 dan rasanya budak tadika lagi terer kot.... Yang ironiknya, mak mentua aku ajar budak mengaji .. wakakakakka.... kalau balik kampung tgk dia ajar budak mengaji sambil pegang rotan, aku pulak yg ngilu.... aku dah warning laki aku, jgn bocor rahsia aaaaaaa.... hahahah... laki aku pandai lak mengaji... tapi susah benor nak soh dia mengajar aku... so, kena la belajar sendiri... Ingat nak daftar ke kelas mengaji.. tapi dah bertahun2, tak daftar2 gak.. so, alih2 aku jinak2 dengan tafsir Quran... baca tafsir ni best.. sebab akan lebih appreciate isi Quran tu sendiri...

Anyway, since aku dah dok baca benda tu hari2, aku nak start share sepotong ayat quran yang aku baca setiap hari dengan korang.... semoga sama2 kita manfaatkan ye. (Ni bukan acara riak ye, cuma nak share jer :P)

Note: Korang tau tak kat mana ada kelas mengaji untuk orang dewasa? Aku rasa dah tiba masanya la kena masuk kelas.. Aku nak jadi mommy yg boleh ajar anak mengaji malam2. Tak nak la nanti anak aku lak yg kena mengajar aku baca Quran pulak.... huhuhu
Read rest of entry

Monday, June 15, 2009

Sila Semak Email Anda Sebelum Hantar!!!

Kenapa tajuk tu macam tu? Sebab kelalaian boleh mengundang padah dan mengundang malu..... Okeh, aku tulis ni sebab terkena kat aku sendirila... apa kes la aku ni. Suka sgt bebal dan main hantar jer email tanpa semak dulu kat sapa aku hantar email tu... Ni mmg contoh penghantar email yg lalai dan tak professional... jgn ikut perangai cam ni aa!!

Email tu aku sebenarnya nak hantar kat boss aku, nak confirmkan permintaan client yg nak macam2... alihnya, aku terhantar email tu kat client tu!!! Awat lagu tu anak Pak Omaq oi??!! Nasib baikla aku tak mengutuk client. Bayangkan kalau email tu seperti cth ayat berikut:

"Kak Nin, patutkah saya bagi admin login ni padahal diorg ni tak sign apa2 pun dengan kita. Dah la mengada2 nak macam2.. pastu, tunggu diorg dtg escort berjam2... saya rasa, tak yah la layan diorg ni.. wasting time jer... Err.. pls advise ye".

Cuba bayangkan kalau ayat dlm email macam tu? Confirm, mmg aku terpaksa putuskan perhubungan dengan talak tiga atau diorg yg akan putuskan tanpa menoleh ke belakang lagi.........
Alahai.. apa pulak to Iris ni... Dah la aku cc. kat seme orang!!!

Kesilapan aku bermula bila aku reply to all, patutnya aku padam nama2 yg lain, pastu, tinggalkan nama boss sahaja... tapi akibat kelalaian dan alasan tak boleh fokus kerja sebab tak cukup tido kerana anak merengek malam2, aku telah melakukan satu kesalahan yang mmg betul2 tak professional. Dan.... aku mmg patut malu dgn client.....

Oh ya, client ni, client yang sama macam yg pernah Jal citer hari tu, PI Wimax.

Note: Thx Jal sebab bagitau kat akak. Lepas send email tu, takde nak tgk2 balik. Nasib baik boss tak marah... Ini satu pengajaran yg aku akan ingat selalu. Harap anda semua pun sama gak, semak2 la ye email tu sebelum send.. kang ada yg terkantoi hantar resume mintak kerja kat boss sendiri...
Read rest of entry

Friday, June 12, 2009

Adakah Anda Seorang yang Biadap???

Semalam aku MC (EL. hehe) sebab sakit kepala yang teramat dan sakit pinggang yg macam terasa cam lepas kena belasah dengan geng2 Ah Long Kristal. So, aku decided, takmo pegi kerja walaupun abah buat muka tak puas hati (sebab sorang pecacai kedai dah kurang) dengan aku. Maka, untuk membestkan hari cuti sakit aku, aku paksa abah soh gi hantar the girls tu ke taska.. Ye la, aku dah sakit kepala.. kang ada lah yg kena pelangkung dengan aku gara2 aksi mengada dan gediks yang tak mampu di layan oleh aku.

Anyway, dlm syok2 dok baring kat sofa lepas dah mandikan dan tidorkan Imran, aku pun layanlah Hallmark Channel (702) kat Astro. Kul 2, ada citer Oprah... aku mmg minat sangat tgk Oprah ni... kalau ada show dia, mesti layan....
Tajuk dia hari ni agak best gak.. "Are You Rude?"... yg kelakarnya, menurut statistik (kat US la), 80% org berkata yang orang disekeliling mereka adalah sgt rude. Tapi 99% mengaku yang mereka tak rude. hahahahahha.... apa la bodonya kajian... Ko mengaku ko tak biadap, org sebelah ko ckp ko biadap, ko pun ckp org sebelah ko biadap, dia pulak ckp dia tak biadap.. ko la lagi biadap.. dan seterusnya, terus menunding jari (tak ke biadap tu???) ..... ish... cuma 1% jer yg mengaku biadap??? Mmg semua tak sedar diri.. heheheheh....

Antara orang2 yg dikatakan selalu bersikap biadap ialah: pemandu, pelanggan, rakan sekerja, jiran, penumpang, dan list dia berterusan. Bagi aku, mmg benda ni dah jadi cam lumrah... semua org pasti akan pernah bersikap biadap.... aku sendiri pernah dibiadapkan oleh kawan2, rakan sekerja, jiran, adik beradik.. etc. Dan mmg sakit hati dengan kebiadapan mereka2 ini. rasa nak hayun jer tangan... tapi bila buat camtu, kita lak yg akan dicop biadap.

Aku jugak pernah biadap!..... malu pulak bila pikirkan balik.. biadap dengan cashier, biadap dengan amah collect duit 20 sen nak masuk toilet, biadap dengan suami (oh... syurgaku), biadap dengan ibu bapa (oh syurgaku)... biadap dengan rakan sekerja (maaf kawan2ku)... dan biadap dengan sapa2 ntah... (maafkan aku ye sapa2)...

Jadikan, lepas tgk show tu.. aku rasa, nak ubah la diri ni sket.. be more relax, jgn poyo sgt, jgn kecoh benda sikit2 pun... bertolak ansur dan yg paling penting, mendengar kata suami (oh syurgaku).... Lepas ni, kalau jumpa cashier yg lembab ke, atau pelayan yg blur ke.. aku akan cuba ckp elok2 dan bermanis muka...

Oh ya, Oprah ada buat kuiz, sesapa yang berminat nak buat kuiz ni.. silalah klik di sini.

Note: Org benci sebenarnya org yang biadap ni. Anda jangan ingat anda best sgt! Buat orang mengumpat jer... Tapi ingat ye, orang yg mengumpat tu pun biadap jugak! Wakakakka..
Read rest of entry

Wednesday, June 10, 2009

Kes bunuh diri di Vista Pinggiran

Apa hal lak ni....... semalam, kecoh pasal kes bunuh diri di apartment aku.... blok B (Blok aku).. tingkat 15. Abah pun apa lagi, menyebok la dok tanya pak guard.... Mangsa, lelaki India, umur 27 tahun. Dia dok sewa sorang dlm umah tu.....

Dengarnya, jiran sebelah umah dok bau busuk jer dari umah sebelah... ketuk2 takde org bukak, dah suspek something is wrong la.. pastu, diaorg contact tuan umah dtg bukak pintu umah.... jeng3.. mayat dah berulat... bunuh diri serkup muka dgn plastik, pastu masukkan gas memasak dlm plastik tu... apa kes ni!!! Sekali lagi polis datang bergegas ke apartment aku setelah mencover kes anakku. Mungkinkan abang2 polis yang sama???

Kami actually mmg tak tau apa2 la... tau pun pagi semalam..... lepas abah baca paper Utusan. Hish... ngeri lak aku tetiba.... walaupun dok tingkat 10..... tapi still rasa seram sejuk jer bila dok pikirkan kes ni... nasib baik bukan floor aku.. kalau tak, mesti aku dah cuak jer nak lalu lalang kat koridor tu... mesti asik dok bayangkan hantu dok berdiri di koridor dgn muka terbalut beg plastik, pastu tangan dia dok gapai2..... adoi, imaginasi...

Camner gamaknya org2 kat tingkat 15 tu ye??? Mesti meremang jer bulu roma bila lalu depan umah tu.... nanti kalu aku berani.. aku nak gi snap pintu depan umah tu... huhuhu.. tapi berani ke aku?? Nanti aku cuba, kalau ada kang aku updet kat sini....

Apa pun, aku sedihla sebab org sekarang ni senang betul mencabut nyawa untuk keluar dari masalah... nasib baik sebagai org Islam, aku masih tetap berpegang kepada agama yg melarang kita membunuh diri untuk selesaikan masalah. Ingat ye, kalau ada masalah paling teruk sekalipun dan rasa baik mati jer, ingatlah masih ramai org2 kat luar sana yg sanggup menyabung nyawa just utk survival.

Note: Macam2 kes kat apartment Vista Pinggiran ni... asik2 kes polis!
Read rest of entry

Tuesday, June 9, 2009

Jangan biarkan anak anda sendirian!!!!

Hish.. baru borak dgn Jal tadi... tetiba rasa macam kena tulis lak kat dlm blog ni....

Pagi hari Ahad... aku gi turun apartment nak pergi ke kedai runcit kat bawah apartment. Masa nak naik lift, ada sorang budak pompuan chinese. Comei sangat. Pakai skirt pendek, rambut tocang dua. Paling2 pun umur dia 7 tahun. Dia pun senyum2 kat aku. Aku pulak, macam tak boleh nak concentrate.... dlm otak dok pikir.... mana mak bapak budak comei ni???? Tetiba dlm aku dok terpikir2, ada sorang mamat lelaki (awal 20an) dtg tunggu lift sekali dgn kami. Muka baik la jugak. Dia ada bawa helmet sekali... mat motor la gamaknya.

Lift pun sampai la ke "G" dan kami pun naikla..... Aku belum tekan lagi tingkat mana aku nak pergi. Aku tunggu budak chinese ni dulu. Dia tekan tingkat 5, mamat tadi tekan tingkat 17. So, aku pun tekan tingkat 10 (umah aku).

Dlm hati aku tak habis2 dok bersangka buruk. Bersangka buruk tu tak elok.. tapi dlm kes ni aku rasa patut kot........ Aku dok imagine, kalau lah aku tak ada dlm situasi ni.... cuma budak pompuan comei ni dan mamat laki ni.... mamat ni lak.. tgh horny, sebab baru lepas tgk blue movie kat umah kawan dia................. mmm.... apa yang mungkin terjadi??? Tak yah la elaborate apa yg mungkin terjadi kan... rasanya korang boleh pikir sendiri.....

Tu yg aku sanggup tunggu budak tadi tekan lift tu dulu... kalau dia tekan 15, aku akan tekan 16.. semata2 nak pastikan dia sampai ke floor umah dia dengan selamat. Sekurang2nya2 la..... Dah sampai floor tu, aku harap dia akan selamat ke umah dia... pastu, aku akan turun balik ke floor 10.... Mmg aku sanggup... walaupun mak bapak budak ni kat mana ntah.. Maybe tgh syok layan citer Cina kot...

Aku heran kenapa:
  1. Mak bapak sanggup biarkan anak2 di bawah umur baligh untuk jalan sorang2 (tak kira kedai tu sekangkang kera dgn umah sekalipun)
  2. Mak bapak sanggup biarkan anak2 berpotensi jadi mangsa rogol/cabul (dia ingat semua jiran2 kat apartment tu bagus2 kot????)
  3. Mak bapak sanggup lak nak gi hospital/balai polis buat report anak diorg kena rogol/cabul (sapa soh tak jaga beb!!!)
  4. Mak bapak sanggup tadah muka kat reporter bagitau anak saya telah dirogol/cabul.. apa salah mereka, mereka cuma kanak2... (again, tahu pulak anak2 tu kanak2!!! naper biar jalan sorang2???)
  5. Mak bapak sanggup live with the fact yg merekalah yang menyebabkan anak mereka menjadi mangsa (menyesal seumur hidup tak berguna lagi ............)

Aku bercakap ni bagi pihak diri sendiri gak.. aku pun bukannya 24 jam jaga anak.. most of the time anak2 aku kat nurseri... Aku dah pastikan cikgu2 kat nurseri tu jaga anak2 aku baik2.. jgn bagi anak2 kat org yang tetiba mengaku pakcik, makcik, atuk, nenek..... kalau aku tak pesan apa2, jangan nak memandai bagi anak2 aku tu....... at least aku bagi peringatan... sebab byk jer org2 jahat yg boleh berlakon kan....

Aku juga akan cuba pastikan anak2 tak terbiar sorang2 tanpa pengawasan... kalau pergi mana2 pun aku cuba pastikan anak2 sentiasa dgn aku & abah mereka.... Aku harap, aku akan sentiasa beringat. Beringat sebelum kena.... kalau dah kena, nangis air mata darah pun tak boleh nak ubatkan trauma anak2 kita. Ingat, kitalah pelindung anak2 kita.. kita lah penjaga amanah!

Nota: Adda, Opie, Imran.... Mommy berdoa agar Allah SWT sentiasa menjaga korang dari orang2 yg kejam dan orang2 yg zalim. Amin.

Read rest of entry

Friday, June 5, 2009

Ayam DJ-LRC yang menjadi igauan!!!

Sejak Suez mempromosikan ayam dj-lrc ni.. rasanya kengkawan semua cam tak tentu arah ja... termasuklah diriku yang memang pantang bab makanan yang enak-enak!

Maka dengan sukacita dan gumbiranya aku pun terus menepon kak didi (yang sgt peramah dan sudah tentu comei orangnya) untuk mengoder seketul + 4 bake potatoes.... Orderan aku ni aku takmo bagitau abah.. mau kasik surprise sama dia.... maybe jugak aku sempat akan menipu yang akulah yang masak ayam tu.... wakakakaka... (tumpang lalu kat kak didi... jangan mareee..)
Yg syoknya, kak didi ni bagus betul.. siap ada kalendar yang catatkan sapa yang mengorder dan lokasi penghantaran.. so, sesapa yg saja2 nak memain buat2 order... toksahla.. nama anda akan muncul kat blog tu... jgn kasi malu aaaa.....


Bagus2! Kasik tracking sama itu customer....

Kesimpulanya, mlm Ahad aku nanti akan jadi lebih menyelerakan dan mengenyangkan. Nanti anak2 aku akan ckp .. "wah.. mommy... mommy pandai la masak.. syedap!!!..............." Wakakaka.... tapi.... kena la credit kat tokey ayam kan.....


Note: Tak sabar rasanya..... sampai gitu sekali .... hebat betul!!
Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...