Klik tau!

Friday, October 23, 2009

KPI oh KPI

Hujung bulan ni aku akan mereview KPI semua staff under aku...... mmg kena review gak hujung bulan 10 ni kerana aku tak mau hujung tahun nanti aku terpaksa pulak let go staff yang tak perform dan diaorg lak marah kat aku sebab aku tak bagi peluang untuk mereka improve. Sapa yang teruk, akan diberi reminder dan ada 2 bulan untuk improvekan. Kalau tak improve gak, akan diberi second reminder untuk improvekan lagi dlm masa 3 bulan. Kalau tak jugak...... that's it la for you.

Menurut Jack Welch (ex CEO GE) yg famous sgt tu.... ada vitality curve untuk rank dan justifykan staff punya value. Staff ada tiga jenis, Player jenis A, jenis B dan jenis C. Jenis A ni mmg teamplayer dan team kena simpan... actually lagi bagus kalau 90% team members jenis dari Player A. Player B pulak kalau diberi peluang boleh naik status ke Player A. So, boleh lagi disimpan. Tapi yang patut dikeluarkan terus dari team ialah Player jenis C. Yg ni bukan sahaja tak produktif, tapi takde effort langsung nak solvekan masalah. Asik tunggu dan tunggu boss bagi arahan. Kalau dah lama tak meeting update tu, mula la start bermain game, berblogging dan bersosial facebook bagai dan bagi alasan tak boleh proceed kerja atau lost dan hilang arah sebab takde direction .... huhuhuh ..sungguh sedih sebab dia tak sedar yg KPI tu adalah direction dari boss dan dipersetujui oleh staff...

Sila klik link untuk tahu lebih banyak lagi tentang Vitality Curve ni. Anda boleh start ratekan jenis player apakah anda.

So, by end of October.... aku akan buat sesi revisit KPI masing2 and buat comparison dengan actual performance. So, lepas tu ... masing2 ada 2 bulan untuk kejar balik apa2 yg tertinggal dan patch balik apa yang kurang. Kena la pastikan KPI masing2 (personal dan team) at least mencapai more than 80% dari targeted. Kalau KPI team tak tercapai sebab pelbagai masalah, KPI sendiri kena la tercapai kan??? Jgn nak sebok tunding2 jari ye. Sendiri sila jawap untuk diri sendiri.

Yg lebih effort tu mmg ada dan yg kurang effort pun ada and worse yang takde effort pun ada..... Kena juga listkan masalah2 yang dihadapi serta apakah effort yang sudah dibuat untuk pastikan masalah tu diselesaikan. Walaupun sometimes kerja mmg tak siap atas sebab2 pelbagai masalah, effort yg diberikan boleh membantu dlm appraisal sebab ada bonus point utk effort. Aku bukannya tak observe dan tengok style kerja serta perangai masing2, cuma malas nak tegur byk2 sebab semua dah besar dan dah boleh pikir kerja masing2.... satu lagi ada gak yg agak degil dan suka melawan dan mengumpat bagai bila kena tegur ..... respect mmg kureng laaa.... agaknya anggap kawan2 kot... kawan2 kat luar ye, kat opis saya tetap boss... saya bengong ke, saya muka kering ke, saya tak bijak pandai macam anda ke, saya tetap boss anda!

Lepas ni, boss aku pulak akan review KPI aku la kan.... kalau KPI project mengecewakan, maka KPI aku sudah pasti la mengecewakan jugak..... tapi aku sikit tak marah kat boss kalau rate aku below average, sebab rasanya aku pun dah sipi2 masuk Jenis C .... Tapi aku dapat agak, dgn rate kerja sekarang ni... macam susah jer KPI projek aku nak dapat high mark.. kecuali semua wake up and do the best. Ni termasuk la dengan aku sekali...... aku pun kena revisit KPI sendiri ni.... huhuhuhuhuu.... asik membebel.. sila buat budget 2010 sekarang...... 28 hb ni nak present kat management.

Note: No one is secure dalam team aku.... kalau nak secure, sila gi kerja dgn kerajaan la ye.
Read rest of entry

Wad 5B, Hospital Serdang

Assalamualaikum...
Lama benor aku tak mengupdet blog... maklumlah, kerja banyak dan susah nak access internat. Lani, dah masuk streamyx kat umah, makanya.. boleh la sambung balik aktiviti merapu dana aku.

Terbaru, anak aku Imran baru keluar Hospital Serdang.... 4 hari, 3 malam aku berpakej melancong dgn dia di Wad 5B... wad pediatrik kat Hospital Serdang...
Bermula, Imran mmg demam dari Rabu lagi...... tapi Ahad pagi 18 hb... Imran muntah2 non-stop.... semua yg masuk dlm mulut, akan kuar balik..... last2.. sampai ke petang, dia dah lembik sgt2.... dah meracau2 dan mengangis jer.... Lepas dok berpikir2, kami decided, bawak dia gi Emergency kat Hospital Serdang.... lepas checkup & ambik darah, doktor terus warded kat dia... Early diagnostic.. Acute Broncotitis dan dehydrate... sedih tgk dia time tu..... Lepas masuk air, aku lepak lama gat kat emergency tu tunggu katil kosong.....
Mlm tu, kul 9... baru leh masuk wad..... so, makanya aku confirm kena ambik El esoknya..... oleh kerana charger handphone aku dah letak mana ntah.... so, handphone mmg la tak boleh nak on.... aku soh Abah kol opis esok bagitau Faez aku El sebab anak masuk hospital.. dengan harapan faez bagitau kat semua2 yang berkenaan.

8.9 KG? Aik... dah kurang 200 gm!!

Malam pertama.... tak boleh tido langsung... penat, tapi mata tak leh lelap.... tido sekali atas katil kanak2... aku tgk semua mak2 buat camtu... aku belasah la....

Next morningnya 19 hb.... Doktor pakar dtg la checkup.. dia ckp tonsil anak aku dah bernanah..... so, start antibiotik... oleh sebab lung dia penuh kahak.... makanya kena nebulizer.... 4 jam sekali... aku la yg kena buatkan.. nurse masukkan ubat jer... Yg aku perasan, mak2 yg kena jaga sendiri anak2 diorg... nurse hanya dtg bagi mkn ubat, ambik temperature and check blood pressure anak... doktor pelatih lak.. 3 kali sehari roundla... tapi diorg cam blur2 gak au tgk.. wakakakka.... yg lain, semua mak2 uruskan... tak boleh balik lagi sebab dia still demam mlm tu.. sampai 39.8 celcius.


"Sakit tau...."

Next daynya 20 hb, doktor ckp tonsil still teruk, tapi lungs dah agak clear....... demam pun dan menurun..... cuma aku still x boleh balik.... sebab dia masih muntah kalau minum... kalau dah tak muntah... baru leh balik la.... adoi.... Imran lak, still minum jer muntah.. Doktor bagi table utk aku catatkan makan minum dan muntah anak... so that diorg boleh monitor.... Mlm tu dia tido agak lena lepas kena neb.... alhamdulilah, demam pun dah kurang... ada can nak balik ni.....aku dah penat dan bosan sebenarnya dok situ... sebabnya Imran pakai IV... so, tak boleh jalan2... dok jer kat katil.... cuma kalau dia tido, baru aku leh gi lari jap tgk TV...

"Bila leh kuar ni?"...


Last day, 21 h.. alhamdulillah... demam Inran dah takde... muntah pun sekali jer (tapi aku bagitau kat doktor dia tak muntah.. hahahahhaha)... tonsil pun dah kurang bengkak.... So, doktor ckp, petang lepas checkup, boleh balik.... bayar bill semua, kitaorg pun balik la....aminnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Apakah?? RM6?????!!!!!!
Antara pengalaman yang aku dapat ialah:
  • Mak2 kena la stay untuk jaga anak.. kalau tak, mmg terbiar la anak.. nurse tak cukup untuk jaga anak ... lebih 50 budak dlm 1 wad...
  • Ada section yg kuarantine (cthnya kes berjangkit) so.... mak2 please la jgn dok bawak anak2 yg kuarantin merewang2 sebarkan penyakit... ada satu akak tu... anak dia cirit birit berjangkit.. asyik bwk anak dia jalan2 masuk bilik kitaorg... hangin jer....
  • Kalau dtg emergency, make sure prepare untuk admit... macam aku, dtg sehelai sepinggang sebab ingat tak admit.... terpaksalah ulang alik bapak2 mengambil baju2 dan barang2....
  • Make sure charger handphone ada (hahahha) dan kredit semua cukup topup... sebab ada jer benda nak kena update kat kaum bapak...
  • Kena belajar beramah mesra dgn kaum2 ibu yg dok dlm satu wad... sebab mmg kena saling tolong menolong... aku dpt ramai kawan baru.. Ira, Aida, Ina, Ida.... yg bestnya, siap tukar2 link blog & facebook.... tak sangka, dlm hospital boleh bincang2 pasal blog..... up to date sungguh kaum2 ibu skrg ni ye...
  • Bill hopistal kerajaan dan swasta sgtlah beza cam langit & bumi...... pakej 4 hari 3 malam aku cuma kena RM6!!! Dengan makanan 4 kali sehari utk anak dan mak, ubat-ubatan.. rasa cam tak percaya bill adalah RM6!!
  • Macam2 kes sakit anak2 yg aku tgk kat wad tu.. dari demam panas, pnemonia, kena air panas, sawan, patah, cirit-birit sampai la ke kes dera..... mmg sedih tgk anak2 kecil yg sakit ni......
  • Servis dan layanan doktor dan nurse terhadap anak kita mmg BAGUS. Hospital kerajaan sekarang tak sama kot macam dulu... nurse2 pun baik2 dan peramah.. pendek kata aku ucapkan thank you la kat semua di Wad 5B tu.

Mmm... banyak lagi benda ek nak tulis.. tapi aku dah mengantuk gila ni...... apa2 pun, nasihat aku kat kaum2 ibu, silalah ke hospital kerajaan macam Hospital Serdang kalau anak suspek sakit yg perlu admit. Kosnya murah dan servis sama jer cam swasta. Mmg nurse dan doktor menjaga kebajikan pesakit kanak2.... mmg perihatin dan penyayang.

Note: Bill RM6 pun ramai yg suka komplen...

Read rest of entry

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya!!

Aku bagi pihak famili ingin mengambil kesempatan untuk menyucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada semua sanak sedara serta rakan taulan.

Harap jika ada salah silap dari diri aku & keluarga, harap dapatlah kiranya dimaafkan.

Semoga hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga!!


Note: Balik kampung (Penang) malam ni!! Yeayyy!!!



Read rest of entry

Thursday, August 13, 2009

Bergaya dengan Crocs

Hohoho... last week sudah buat kerja gila... sudah pergi ke Crocs outlet kat Mines dan dah borong 4 pasang kasut Crocs utk Adda, Opie, Abah & Mommy.... Memula plan nak beli kat Abah, last2 beli utk the girls n diri sendiri.. wakakakakka.. apa kejadahnya!!

Anyway, dah beli Crocs Mary Jane Girl (pink) utk Opie, Dora (pink) utk Opie, Alice (black) utk Mommy & Crete (Khakis) utk Abah.... Pastu, tetiba menjadi kopak!

Anyway, mereka2 sudah mula bergaya sakan!

Opie: Stylo la kasut Mary jane ni!

Close up sket...

Adda: Best la kasut Dora!


Closeup lagi...

Girls: Model Crocs tak rasmi..

This is my shoe.... kapet opis sebagai BG



This is Abah's sandal.. Crete.
Tak sempat snap gambar lagi... boleh dia pakai ni kat kedai! Huh, rosakla........


Note: Ni la kasut raya... takde dah nak beli kasut lepas ni!
Read rest of entry

Majlis Cukur jambul & Marhaban Imran

So, mak mentua aku berniat nak adakan majlis cukur jambul utk cucu lelaki dia, Imran....

So, akupun balik ke kampung utk majlis ni... Ni berlaku Sabtu 2 weeks ago.. haaha.. baru ada masa nak upload gambar2....

So, nilah dia gambar2 di acara majlis tu... ramai gila org yg datang... mak mentua aku join majlis dgn sepupu laki aku.... anak dia baru sebulan.. anak aku dah 7 bulan.. wakakaka... layan jer la ye permintaan org2 tua ni ...

video
Video majlis cukur jambul.... mmg aku tak paham seketul pun aktiviti...

Kaum2 ibu bermarhaban (aku tak tau apa2...)

Kaum2 bapa sebok sembang jer la...

Ish.... agaknya depa dok kata "anak dah besar baru nak cukur jambul ke???"

Hanya senyum jer... dan angguk2 kepala.. bukan aku tau apa pun!

Jejaka Jawa Parit Baru

Adda - Ayula tu konon pakai bunga...

Opie- Ni pun, cas cute la tu pakai bunga...

Mommy & Imran selepas majlis

Abah & Imran (nyampah la Abah.... asik xmo tunjuk muka)


Note: Majlis ni fully sponsored by mak metua! Byk gak duit org tua ni ye...
Read rest of entry

Monday, August 10, 2009

Hi-5 Surprise! - 35% Discount Voucher

Assalamualaikum. Dear Friends & Sesapa jer la ye!

I have a 35% voucher utk menyaksikan Hi-5 Surprise! show utk di let go. So, sesiapa yang bercadang utk bawak anak2 utk menyaksikan show ni (especially during Merdeka holidays) dan nak this voucher, do leave a message dan aku akan passkan/poskan voucher ini.

First come basis ye.

Serial no dilindungi... Kalau betul2 nak baru leh bagi serial no.

Details:
Date & time : 29-30 Aug 09 (3pm & 7 pm), 31/8/09 (12 pm & 4pm)
Venue : Arena of Stars , Genting Highlands
Ticket Price : RM150, RM120, RM80, RM50 (before discount)
Booking : 03-224199999

Silalah baca lebih lanjut T&C

For more info, pls visit http://www.yvents.com.my

OK. Aku dpt voucher ni dengan pembelian kasut Crocs for sekeluarga (except Imran la..). Dengan belian RM200 ke atas, anda boleh dptkan voucher ni jugak... Rasanya beli produk Mcalaren & Mom's Care pun leh dpt voucher ni jugak kot.... Tapi yg aku punya voucher ni, aku nak bagi jer sebab takde plan nak bawak anak2 pergi tgk show ni pun.

Notes: Aku, laki & girls udah jejalan pakai Crocs ... Pada Imran yg belum tau jalan tu.... ko tggu la sampai leh jalan ye baru mommy beli... takde pekdahnya beli kasut memahai utk baby yg lum jalan!
Read rest of entry

Friday, August 7, 2009

Macam-Macam

Seorang A:
Tak nak buat kerja ye? Udah kena warning & reminder ....

Seorang B:
Udah 2 kali mengelat ye bila soh buat kerja .... aku kena menjawap la ni ??


Note: Macam2 la!
Read rest of entry

Thursday, July 30, 2009

RM1, 1Malaysia

Assalamualaikum

Kita semua sentiasa ternanti2 iklan hari merdeka dari syarikat gergasi macam Petronas & TM. Semua org sukakan dan tersentuh dengan paparan penuh emosi dan penyatuan kaum yang dipaparkan. sama la dgn aku.. kadang2 sampai meleleh air idung sebab tersentuh sgt...

Sempena bulan merdeka yang nak dtg ni & menyahut semangat 1Malaysia, aku pun ada tulis 1 version iklan (iklan bertulis) merdeka aku... wah entrii iklan lagi.... tengah penulisan kreatif la ni konon... ala... korang layan jer la.....ini hasil dari budak study advertising yg tak tercapai cita2...

Macam biasa, sila imagine sendiri scene dlm iklan ni.....


Tajuk: RM1, 1Malaysia
Penulis: Jajadomaq
____________________________________________________________________
Scene 1: Pandangan dari tingkap sebuah bas RapidKL (macam dari sudut pandangan seseoranglah..).. Seorang Mamat India (student, awal 20an) sedang melihat sebuah kumpulan pemuzik jalanan yang buta yang sedang bermain alat muzik berhampiran stesen bas. Di sekeliling ada ramai org lain turut sama melihat.

Scene 2: Tetiba bas honk sebab nak jalan dah... Mamat tadi memandang jam kat tangan dan muka jadi cam panik sebab dah terlambat dan nak kejar bas.. Sempat dia membuka wallet, ada RM11 dlm wallet... Dia nak dermakan duit.. Muka berkerut, cam berpikir (alamak, ada RM11 jer.. terpaksalah bagi RM1)... so, dia pun keluarkan RM1 dan masukkan dlm tabung kat depan geng muzik tadi... pastu berlari ke arah bas yg nak jalan dah....

Scene 3: Mamat tadi sempat naik bas sebelum bas jalan...., pintu bas ditutup... Dia pun bukak wallet.. alamak.. tinggal RM10... huh! Muka cam menyesal sebab bagi duit RM1 tadi..(sempat dia toleh tgk geng muzik tu...dengn muka menyesal) .. bas dah bergerak... ni bas Rapid mana ada bagi baki tau.... tambang mmg RM1... Last2 dia terpaksa keluarkan duit RM10...

Mamat India: ”Alamak... Bang, saya ada sepuluh inggit ni... Abang ada tukar tak?”

Abang drebar: ”Mana ada tukar... nak naik bas ni kena bagi duit cukup2 laa... ”

Scene 4: Shot tukar ke sorang Mamat lelaki Cina (same age la lebih kurang).... sedang duduk tepi drebar tu sambil tersenyum... dia pun cuit Mamat India tadi...

Mamat Cina: ”Bro, ni ada duit RM1.... ambikla.. buat bayar tambang tu”

Mamat India ni cam thankful la...

Mamat India: ”Alamak bro, boleh ke ni? Tima kasih la awak tolong saya! Nanti saya bayar balik”

Mamat Cina: ”Takpe, dulu saya pun pernah jadi cam awak.... tetiba tak der duit singgit... masa naik bas ... nasib baik ada sorang awek Melayu tu hulur singgit...”

Mamat India : ”Ooo.... camtu... ”

Mamat Cina: ”Awak tak yah la bayar duit singgit tu... lain kali kalau nampak ada orang tak der duit sinngit, awak bagi jer duit singgit tu kat dia... kira hutang awak dengan saya selesai!”

Mamat India :” Ok... saya ingat pesan awak tu...

Scene 5: Masa cam berlalu la.. ..Mamat India ni on the bus tgh nak gi mana ntah.. (baju semua dah tukar la kan). Tetiba ada sorang Mamat Melayu naik bas, muka cam panik sebab takde duit tukar.... ada RM10 gak.. (hahahah). Mamat India ni terus tersenyum dan jalan ke arah mamat Melayu ni....

Mamat India: ”Bro, ambik singgit ni, buat bayar tambang... ”

Mamat Melayu: ”Eh, biar betul! Terima kasih la! Saya betul2 tak perasan duit sinngit takde tadi.. Ni betul belanja? Nanti saya bayar balik la ok?”...

Mamat India: Kalau betul nak bayar, awak buat camni.. Kalau awak nampak siapa2 tak de duit singgit nak naik bas, awak bagi la duit singgit tu... kira hutang awak selesai, ok?”...

Mamat Melayu ni mengangguk, sambil kedua2 tersenyum....

Zoom kat tangan dia masukkan duit RM1 tu dlm tong duit bas rapidKL tu...

Pastu, kuar teks & narration (suara mesti sedap la....):

"Hari ini, hari mereka
Entah esok, hari kita
Kita sama tak kira bangsa
Kerana kita, 1Malaysia"

Tamat dah.........
____________________________________________________________________
Kisah ni di inspired dari citer Pay it Forward dan kisah aku sendiri yang pernah bagi duit RM1 kat mamat Bangla yang takde duit kecik masa naik bas Rapid. Kesian muka terkulat2 kena marah dengan drebar bas sebab bagi duit RM10. Semua org pandang jer..... maybe sebab dia Bangla... walapun bukan rakyat Malaysia dan maybe takde permit, aku peduli hapa... yg penting dia manusia sama macam aku.

Oh ya, kalau belum tgk citer pay it Forward ni, sila dptkan DVD.. Lakonan Kevin Spacey, Helen Hunt & Haley Joel Osment. Citer ni mmg best sgt2 dan very inspiring.. Macam mana seorang anak kecil mengajar kita yang walaupun sekecil mana pun kebaikan yang kita hulurkan, mampu mengubah dunia seseorang, sedikit pun jadilah kalau tak banyak.....

Note: Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.....
Read rest of entry

Malay but not Muslim

Assalamualaikum.

Baca dengan hati yang terbuka.... Bab Iman ni between Allah SWT & hambanya.... Aku mmg tak boleh nak kutuk2 bab2 ni sebab aku pun bukan Muslimah yang baik sgt.... (huhuhuhu).. .Cuma, aku berdoa semoga keluarga mereka diberi hidayah utk kembali ke jalan yg lurus...

Keluarga bahagia nampaknya.. Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka.


Note: Hidayah ni kita tak tau bila dan kepada siapa Allah SWT nak bagi..... entah2 org yg kita dok kutuk ckp kafir & jahil tu yang akan masuk syurga dulu pada kita... *wink*
Read rest of entry

Wednesday, July 29, 2009

Untuk Siapa Lagi Doa Ini

Aku byk berpikir sejak dua menjak ni............. macam2 bendalah dalam otak aku... byk sgt masalah problem yang melanda aku dan famili.... tapi tu bukan alasan untuk bersedih dan melolong.... Anyway, tu citer lain la.....

Dlm dok serabut berpikir tu, sempat lak baca blog sorang mamat ni, Afiq ... Aku suka sgt baca tulisan dlm blog dia ni.... Aku terjumpa blog dia masa sebok dok search pasal Yasmin Ahmad... Budak ni muda lagi.. tapi sgt bijak dalam penulisan dan menghasilkan karya yang kreatif. Contohnya, short film dia ni..... 4 Peringkat Ajal ... Kalau rajin, watch la the film...

Anyway, aku yang mmg suka menulis citer2 pendek (bukan cerpen, tapi skrip) teruja tetiba menulis kembali...... dan yang aku nak share ni ialah skrip yang aku buat khas untuk my husband & my dad.

Aku tak pandai sgt nak bagi angle2 atau background yang sesuai (harap maaf kalau background tu pendek jer descriptionnya).. korang pandai2 la imagine ye.......... tu kerja pengarah la kan... hehehhe...

Maka terhasillah... "Untuk Siapa Lagi Doa ini"........

Tajuk: Untuk Siapa Lagi Doa Ini
Penulis: Jajadomaq
___________________________________________________________________

BG: Seorang wanita di pusara sedang duduk berdoa....

Narration:
”Aku tak pernah kenal erti kasih sayang seorang ibu.. kerana ibu telah pergi meninggalkan aku semasa aku masih kecil lagi... yang aku kenal, hanyalah kasih sayang Abah....”


BG: Seorang kanak-kanak perempuan (5 tahun) bermain buaian dengan Abahnya
Narration:
”Duniaku hanya ada aku dan Abah .... Selama ini, aku membesar dengan kasih sayang dan juga doa restu Abah.... ”

BG: Seorang kanak-kanak perempuan sedang bersiap untuk ke sekolah. Mencium tangan abahnya (Nak ambil UPSR) – Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.
Sarah: ”Abah, Sarah nak pergi ambik UPSR ni....Abah doakan semoga Sarah berjaya dlm exam ni ye...”

Abah: ”Ye sayang, good luck!....Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”


BG: Seorang remaja di airport (belajar kat oversea- berwajah muram) sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Aku terpaksa berpisah seketika dengan Abah demi menuntut Ilmu.... Namun, Abah tabah melepaskan aku...”.

Sarah: ”Abah, Sarah dah nak pergi ni... Abah jaga diri baik2 ye... dan.. doakan Sarah berjaya ye!”

Abah: ”Ye sayang... Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita ingin memulakan hari pertama pekerjaan sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Abah sentiasa memberi peransang dalam apa jua bidang yang aku ceburi..”

Sarah: ”Abah! Sarah nak pergi kerja ni... Abah doakan Sarah menjadi pekerja cemerlang ye!”

Abah: ”Abah yakin Sarah akan berjaya... dan... Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita berpakaian pengantin (sambil mengalir air mata)sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Pada hari bahagiaku pun, Abah jugaklah yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna.... Abah paling bahagia kerana tugasnya telah sempurna.....”

Sarah: ”Abah, Sarah kena pergi ikut suami Sarah.... Abah boleh ke tinggal sorang2? Abah doakan Sarah jadi isteri yang solehah ye!”

Abah:”Jangan risau...Abah ok.....Abah yakin Sarah pasti menjadi isteri yang terbaik sekali... dan.... ingat, siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita mengandung ingin masuk ke bilik bersalin sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
"Panik betul aku kerana tak tau apa nak buat masa nak bersalinkan Imran..... tapi Abah sentiasa ada di sisi menenangkan aku..."

Sarah: ”Abah.... Sarah takut nak pergi masuk bersalin tu.... Abah doakan Sarah selamat ye!”

Abah: ”Suami Sarah kan ada masuk sama... tawakal pada Allah, jangan takut..dan.. Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”


BG: Seorang wanita sibok menguruskan suami dan anak serta kerja pejabat. Abahnya (makin tua) pula sedang duduk sendirian di kerusi malas.. merenung keluar tingkap...

Narration:
”Hari berganti hari... tahun berganti tahun.... aku semakin sibuk dengan urusan keluarga dan pekerjaan.... Aku makin jarang mengingati Abah... apatah lagi bertanya khabar atau mengunjuginya...

BG: Telefon berbunyi.... wanita itu mengangkat dan berwajah panik

Narration:
”Sehingga pada suatu hari... aku menerima panggilan telefon ... Abah masuk hospital dan keadaannya makin tenat...

BG: Di hospital, wanita itu (bersama suami dan anak) memangis melihat Ayahnya sedang terbaring (dengan memakai mask oksigen)

Narration:
”Aku diberitahu yang Abah kena serangan sakit jantung.... Berderai airmata melihat Abah yang dulunya gagah dan segak... kini kurus dan lemah... kulit Abah makin kecut dan mukanya pucat dan tidak bermaya”

BG: Wanita itu duduk di sebelah Abahnya dan memanggil lembut
Sarah: “Abah, bukalah mata… Sarah datang ni….”

BG: Abah membuka mata perlahan... wanita itu tidak dapat menahan kesedihan.

Abah: ”Sarah?... Sarah anak Abah... dah sampai masa untuk Abah pula yang pergi.....”

Sarah: ”Abah, jangan la cakap macam tu..... Sarah minta maaf sebab Sarah dah abaikan Abah, Sarah lupa tanggungjawap Sarah kat Abah....”

BG: Abah menitiskan air mata memandang muka anaknya dengan penuh pengharapan

Abah: ”Takperlah Sarah, Abah paham...... Cuma satu jer Abah nak minta dengan Sarah sebelum Abah pergi... Kalau Abah dah pergi nanti..... Abah nak Sarah sentiasa doakan Abah ye..... Doakan Abah ditempatkan dengan orang2 yang soleh... lagipun, siapa lagi yang nak doakan Abah ni kalau bukan anak Abah kan...?”

BG: Wanita itu mengangguk sambil sedikit terseunyum kerana Abahnya masih ada sense of humor.

Sarah: ”Ye Abah...... Sarah janji.. Sarah janji...Sarah akan sentiasa berdoa untuk Abah.. dan untuk Ibu.... ampunkan Sarah, halalkan makan minum Sarah ye?.... ”

BG: Abah tersenyum penuh kelegaan...

Abah: ”Terima kasih Sarah anak Abah.... Abah ampunkan dan Abah halalkan.....”

BG: ECG menunjukkan tiada lagi degupan jantung (bunyi tetttttttttttttttttttt)

............................................................................

BG: kembali ke scene wanita tadi di pusara sedang duduk berdoa....

Narration:

”Abah pergi pada pagi itu juga........ dan semenjak dari itu, setiap hari... aku tak pernah lupa mendoakan Abah dan Ibuku ....kerana sesungguhnya tiada apa yang boleh aku berikan lagi kepada Abah dan ibuku yang telah pergi ... kecuali doa seorang anak yang soleh... Semoga kalian tetap tenang di sana dan sampai masa, aku akan pergi juga dan kita akan bertemu semula..... ”

___________________________________________________________________________________

Tamat aaa...

Note: Citer ni aku dok imagine kalau jadi iklan hari raya ke, hari bapa ke... selalu gak berangan Yasmin Ahmad yang direct iklan atau short film ni... (berangan gila la wei!!!!).. anyway, al-fatihah untuk Yasmin Ahmad....
Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...