Klik tau!

Friday, October 23, 2009

Wad 5B, Hospital Serdang

Assalamualaikum...
Lama benor aku tak mengupdet blog... maklumlah, kerja banyak dan susah nak access internat. Lani, dah masuk streamyx kat umah, makanya.. boleh la sambung balik aktiviti merapu dana aku.

Terbaru, anak aku Imran baru keluar Hospital Serdang.... 4 hari, 3 malam aku berpakej melancong dgn dia di Wad 5B... wad pediatrik kat Hospital Serdang...
Bermula, Imran mmg demam dari Rabu lagi...... tapi Ahad pagi 18 hb... Imran muntah2 non-stop.... semua yg masuk dlm mulut, akan kuar balik..... last2.. sampai ke petang, dia dah lembik sgt2.... dah meracau2 dan mengangis jer.... Lepas dok berpikir2, kami decided, bawak dia gi Emergency kat Hospital Serdang.... lepas checkup & ambik darah, doktor terus warded kat dia... Early diagnostic.. Acute Broncotitis dan dehydrate... sedih tgk dia time tu..... Lepas masuk air, aku lepak lama gat kat emergency tu tunggu katil kosong.....
Mlm tu, kul 9... baru leh masuk wad..... so, makanya aku confirm kena ambik El esoknya..... oleh kerana charger handphone aku dah letak mana ntah.... so, handphone mmg la tak boleh nak on.... aku soh Abah kol opis esok bagitau Faez aku El sebab anak masuk hospital.. dengan harapan faez bagitau kat semua2 yang berkenaan.

8.9 KG? Aik... dah kurang 200 gm!!

Malam pertama.... tak boleh tido langsung... penat, tapi mata tak leh lelap.... tido sekali atas katil kanak2... aku tgk semua mak2 buat camtu... aku belasah la....

Next morningnya 19 hb.... Doktor pakar dtg la checkup.. dia ckp tonsil anak aku dah bernanah..... so, start antibiotik... oleh sebab lung dia penuh kahak.... makanya kena nebulizer.... 4 jam sekali... aku la yg kena buatkan.. nurse masukkan ubat jer... Yg aku perasan, mak2 yg kena jaga sendiri anak2 diorg... nurse hanya dtg bagi mkn ubat, ambik temperature and check blood pressure anak... doktor pelatih lak.. 3 kali sehari roundla... tapi diorg cam blur2 gak au tgk.. wakakakka.... yg lain, semua mak2 uruskan... tak boleh balik lagi sebab dia still demam mlm tu.. sampai 39.8 celcius.


"Sakit tau...."

Next daynya 20 hb, doktor ckp tonsil still teruk, tapi lungs dah agak clear....... demam pun dan menurun..... cuma aku still x boleh balik.... sebab dia masih muntah kalau minum... kalau dah tak muntah... baru leh balik la.... adoi.... Imran lak, still minum jer muntah.. Doktor bagi table utk aku catatkan makan minum dan muntah anak... so that diorg boleh monitor.... Mlm tu dia tido agak lena lepas kena neb.... alhamdulilah, demam pun dah kurang... ada can nak balik ni.....aku dah penat dan bosan sebenarnya dok situ... sebabnya Imran pakai IV... so, tak boleh jalan2... dok jer kat katil.... cuma kalau dia tido, baru aku leh gi lari jap tgk TV...

"Bila leh kuar ni?"...


Last day, 21 h.. alhamdulillah... demam Inran dah takde... muntah pun sekali jer (tapi aku bagitau kat doktor dia tak muntah.. hahahahhaha)... tonsil pun dah kurang bengkak.... So, doktor ckp, petang lepas checkup, boleh balik.... bayar bill semua, kitaorg pun balik la....aminnnnnnnnnnnnnnnnnn....

Apakah?? RM6?????!!!!!!
Antara pengalaman yang aku dapat ialah:
  • Mak2 kena la stay untuk jaga anak.. kalau tak, mmg terbiar la anak.. nurse tak cukup untuk jaga anak ... lebih 50 budak dlm 1 wad...
  • Ada section yg kuarantine (cthnya kes berjangkit) so.... mak2 please la jgn dok bawak anak2 yg kuarantin merewang2 sebarkan penyakit... ada satu akak tu... anak dia cirit birit berjangkit.. asyik bwk anak dia jalan2 masuk bilik kitaorg... hangin jer....
  • Kalau dtg emergency, make sure prepare untuk admit... macam aku, dtg sehelai sepinggang sebab ingat tak admit.... terpaksalah ulang alik bapak2 mengambil baju2 dan barang2....
  • Make sure charger handphone ada (hahahha) dan kredit semua cukup topup... sebab ada jer benda nak kena update kat kaum bapak...
  • Kena belajar beramah mesra dgn kaum2 ibu yg dok dlm satu wad... sebab mmg kena saling tolong menolong... aku dpt ramai kawan baru.. Ira, Aida, Ina, Ida.... yg bestnya, siap tukar2 link blog & facebook.... tak sangka, dlm hospital boleh bincang2 pasal blog..... up to date sungguh kaum2 ibu skrg ni ye...
  • Bill hopistal kerajaan dan swasta sgtlah beza cam langit & bumi...... pakej 4 hari 3 malam aku cuma kena RM6!!! Dengan makanan 4 kali sehari utk anak dan mak, ubat-ubatan.. rasa cam tak percaya bill adalah RM6!!
  • Macam2 kes sakit anak2 yg aku tgk kat wad tu.. dari demam panas, pnemonia, kena air panas, sawan, patah, cirit-birit sampai la ke kes dera..... mmg sedih tgk anak2 kecil yg sakit ni......
  • Servis dan layanan doktor dan nurse terhadap anak kita mmg BAGUS. Hospital kerajaan sekarang tak sama kot macam dulu... nurse2 pun baik2 dan peramah.. pendek kata aku ucapkan thank you la kat semua di Wad 5B tu.

Mmm... banyak lagi benda ek nak tulis.. tapi aku dah mengantuk gila ni...... apa2 pun, nasihat aku kat kaum2 ibu, silalah ke hospital kerajaan macam Hospital Serdang kalau anak suspek sakit yg perlu admit. Kosnya murah dan servis sama jer cam swasta. Mmg nurse dan doktor menjaga kebajikan pesakit kanak2.... mmg perihatin dan penyayang.

Note: Bill RM6 pun ramai yg suka komplen...

Read rest of entry

Friday, September 18, 2009

Selamat Hari Raya!!

Aku bagi pihak famili ingin mengambil kesempatan untuk menyucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir & batin kepada semua sanak sedara serta rakan taulan.

Harap jika ada salah silap dari diri aku & keluarga, harap dapatlah kiranya dimaafkan.

Semoga hari raya tahun ini lebih ceria dan bermakna.

Selamat Hari Raya dari kami sekeluarga!!


Note: Balik kampung (Penang) malam ni!! Yeayyy!!!



Read rest of entry

Thursday, August 13, 2009

Bergaya dengan Crocs

Hohoho... last week sudah buat kerja gila... sudah pergi ke Crocs outlet kat Mines dan dah borong 4 pasang kasut Crocs utk Adda, Opie, Abah & Mommy.... Memula plan nak beli kat Abah, last2 beli utk the girls n diri sendiri.. wakakakakka.. apa kejadahnya!!

Anyway, dah beli Crocs Mary Jane Girl (pink) utk Opie, Dora (pink) utk Opie, Alice (black) utk Mommy & Crete (Khakis) utk Abah.... Pastu, tetiba menjadi kopak!

Anyway, mereka2 sudah mula bergaya sakan!

Opie: Stylo la kasut Mary jane ni!

Close up sket...

Adda: Best la kasut Dora!


Closeup lagi...

Girls: Model Crocs tak rasmi..

This is my shoe.... kapet opis sebagai BG



This is Abah's sandal.. Crete.
Tak sempat snap gambar lagi... boleh dia pakai ni kat kedai! Huh, rosakla........


Note: Ni la kasut raya... takde dah nak beli kasut lepas ni!
Read rest of entry

Majlis Cukur jambul & Marhaban Imran

So, mak mentua aku berniat nak adakan majlis cukur jambul utk cucu lelaki dia, Imran....

So, akupun balik ke kampung utk majlis ni... Ni berlaku Sabtu 2 weeks ago.. haaha.. baru ada masa nak upload gambar2....

So, nilah dia gambar2 di acara majlis tu... ramai gila org yg datang... mak mentua aku join majlis dgn sepupu laki aku.... anak dia baru sebulan.. anak aku dah 7 bulan.. wakakaka... layan jer la ye permintaan org2 tua ni ...


Video majlis cukur jambul.... mmg aku tak paham seketul pun aktiviti...

Kaum2 ibu bermarhaban (aku tak tau apa2...)

Kaum2 bapa sebok sembang jer la...

Ish.... agaknya depa dok kata "anak dah besar baru nak cukur jambul ke???"

Hanya senyum jer... dan angguk2 kepala.. bukan aku tau apa pun!

Jejaka Jawa Parit Baru

Adda - Ayula tu konon pakai bunga...

Opie- Ni pun, cas cute la tu pakai bunga...

Mommy & Imran selepas majlis

Abah & Imran (nyampah la Abah.... asik xmo tunjuk muka)


Note: Majlis ni fully sponsored by mak metua! Byk gak duit org tua ni ye...
Read rest of entry

Monday, August 10, 2009

Hi-5 Surprise! - 35% Discount Voucher

Assalamualaikum. Dear Friends & Sesapa jer la ye!

I have a 35% voucher utk menyaksikan Hi-5 Surprise! show utk di let go. So, sesiapa yang bercadang utk bawak anak2 utk menyaksikan show ni (especially during Merdeka holidays) dan nak this voucher, do leave a message dan aku akan passkan/poskan voucher ini.

First come basis ye.

Serial no dilindungi... Kalau betul2 nak baru leh bagi serial no.

Details:
Date & time : 29-30 Aug 09 (3pm & 7 pm), 31/8/09 (12 pm & 4pm)
Venue : Arena of Stars , Genting Highlands
Ticket Price : RM150, RM120, RM80, RM50 (before discount)
Booking : 03-224199999

Silalah baca lebih lanjut T&C

For more info, pls visit http://www.yvents.com.my

OK. Aku dpt voucher ni dengan pembelian kasut Crocs for sekeluarga (except Imran la..). Dengan belian RM200 ke atas, anda boleh dptkan voucher ni jugak... Rasanya beli produk Mcalaren & Mom's Care pun leh dpt voucher ni jugak kot.... Tapi yg aku punya voucher ni, aku nak bagi jer sebab takde plan nak bawak anak2 pergi tgk show ni pun.

Notes: Aku, laki & girls udah jejalan pakai Crocs ... Pada Imran yg belum tau jalan tu.... ko tggu la sampai leh jalan ye baru mommy beli... takde pekdahnya beli kasut memahai utk baby yg lum jalan!
Read rest of entry

Friday, August 7, 2009

Macam-Macam

Seorang A:
Tak nak buat kerja ye? Udah kena warning & reminder ....

Seorang B:
Udah 2 kali mengelat ye bila soh buat kerja .... aku kena menjawap la ni ??


Note: Macam2 la!
Read rest of entry

Thursday, July 30, 2009

RM1, 1Malaysia

Assalamualaikum

Kita semua sentiasa ternanti2 iklan hari merdeka dari syarikat gergasi macam Petronas & TM. Semua org sukakan dan tersentuh dengan paparan penuh emosi dan penyatuan kaum yang dipaparkan. sama la dgn aku.. kadang2 sampai meleleh air idung sebab tersentuh sgt...

Sempena bulan merdeka yang nak dtg ni & menyahut semangat 1Malaysia, aku pun ada tulis 1 version iklan (iklan bertulis) merdeka aku... wah entrii iklan lagi.... tengah penulisan kreatif la ni konon... ala... korang layan jer la.....ini hasil dari budak study advertising yg tak tercapai cita2...

Macam biasa, sila imagine sendiri scene dlm iklan ni.....


Tajuk: RM1, 1Malaysia
Penulis: Jajadomaq
____________________________________________________________________
Scene 1: Pandangan dari tingkap sebuah bas RapidKL (macam dari sudut pandangan seseoranglah..).. Seorang Mamat India (student, awal 20an) sedang melihat sebuah kumpulan pemuzik jalanan yang buta yang sedang bermain alat muzik berhampiran stesen bas. Di sekeliling ada ramai org lain turut sama melihat.

Scene 2: Tetiba bas honk sebab nak jalan dah... Mamat tadi memandang jam kat tangan dan muka jadi cam panik sebab dah terlambat dan nak kejar bas.. Sempat dia membuka wallet, ada RM11 dlm wallet... Dia nak dermakan duit.. Muka berkerut, cam berpikir (alamak, ada RM11 jer.. terpaksalah bagi RM1)... so, dia pun keluarkan RM1 dan masukkan dlm tabung kat depan geng muzik tadi... pastu berlari ke arah bas yg nak jalan dah....

Scene 3: Mamat tadi sempat naik bas sebelum bas jalan...., pintu bas ditutup... Dia pun bukak wallet.. alamak.. tinggal RM10... huh! Muka cam menyesal sebab bagi duit RM1 tadi..(sempat dia toleh tgk geng muzik tu...dengn muka menyesal) .. bas dah bergerak... ni bas Rapid mana ada bagi baki tau.... tambang mmg RM1... Last2 dia terpaksa keluarkan duit RM10...

Mamat India: ”Alamak... Bang, saya ada sepuluh inggit ni... Abang ada tukar tak?”

Abang drebar: ”Mana ada tukar... nak naik bas ni kena bagi duit cukup2 laa... ”

Scene 4: Shot tukar ke sorang Mamat lelaki Cina (same age la lebih kurang).... sedang duduk tepi drebar tu sambil tersenyum... dia pun cuit Mamat India tadi...

Mamat Cina: ”Bro, ni ada duit RM1.... ambikla.. buat bayar tambang tu”

Mamat India ni cam thankful la...

Mamat India: ”Alamak bro, boleh ke ni? Tima kasih la awak tolong saya! Nanti saya bayar balik”

Mamat Cina: ”Takpe, dulu saya pun pernah jadi cam awak.... tetiba tak der duit singgit... masa naik bas ... nasib baik ada sorang awek Melayu tu hulur singgit...”

Mamat India : ”Ooo.... camtu... ”

Mamat Cina: ”Awak tak yah la bayar duit singgit tu... lain kali kalau nampak ada orang tak der duit sinngit, awak bagi jer duit singgit tu kat dia... kira hutang awak dengan saya selesai!”

Mamat India :” Ok... saya ingat pesan awak tu...

Scene 5: Masa cam berlalu la.. ..Mamat India ni on the bus tgh nak gi mana ntah.. (baju semua dah tukar la kan). Tetiba ada sorang Mamat Melayu naik bas, muka cam panik sebab takde duit tukar.... ada RM10 gak.. (hahahah). Mamat India ni terus tersenyum dan jalan ke arah mamat Melayu ni....

Mamat India: ”Bro, ambik singgit ni, buat bayar tambang... ”

Mamat Melayu: ”Eh, biar betul! Terima kasih la! Saya betul2 tak perasan duit sinngit takde tadi.. Ni betul belanja? Nanti saya bayar balik la ok?”...

Mamat India: Kalau betul nak bayar, awak buat camni.. Kalau awak nampak siapa2 tak de duit singgit nak naik bas, awak bagi la duit singgit tu... kira hutang awak selesai, ok?”...

Mamat Melayu ni mengangguk, sambil kedua2 tersenyum....

Zoom kat tangan dia masukkan duit RM1 tu dlm tong duit bas rapidKL tu...

Pastu, kuar teks & narration (suara mesti sedap la....):

"Hari ini, hari mereka
Entah esok, hari kita
Kita sama tak kira bangsa
Kerana kita, 1Malaysia"

Tamat dah.........
____________________________________________________________________
Kisah ni di inspired dari citer Pay it Forward dan kisah aku sendiri yang pernah bagi duit RM1 kat mamat Bangla yang takde duit kecik masa naik bas Rapid. Kesian muka terkulat2 kena marah dengan drebar bas sebab bagi duit RM10. Semua org pandang jer..... maybe sebab dia Bangla... walapun bukan rakyat Malaysia dan maybe takde permit, aku peduli hapa... yg penting dia manusia sama macam aku.

Oh ya, kalau belum tgk citer pay it Forward ni, sila dptkan DVD.. Lakonan Kevin Spacey, Helen Hunt & Haley Joel Osment. Citer ni mmg best sgt2 dan very inspiring.. Macam mana seorang anak kecil mengajar kita yang walaupun sekecil mana pun kebaikan yang kita hulurkan, mampu mengubah dunia seseorang, sedikit pun jadilah kalau tak banyak.....

Note: Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.....
Read rest of entry

Malay but not Muslim

Assalamualaikum.

Baca dengan hati yang terbuka.... Bab Iman ni between Allah SWT & hambanya.... Aku mmg tak boleh nak kutuk2 bab2 ni sebab aku pun bukan Muslimah yang baik sgt.... (huhuhuhu).. .Cuma, aku berdoa semoga keluarga mereka diberi hidayah utk kembali ke jalan yg lurus...

Keluarga bahagia nampaknya.. Semoga Allah SWT membuka pintu hati mereka.


Note: Hidayah ni kita tak tau bila dan kepada siapa Allah SWT nak bagi..... entah2 org yg kita dok kutuk ckp kafir & jahil tu yang akan masuk syurga dulu pada kita... *wink*
Read rest of entry

Wednesday, July 29, 2009

Untuk Siapa Lagi Doa Ini

Aku byk berpikir sejak dua menjak ni............. macam2 bendalah dalam otak aku... byk sgt masalah problem yang melanda aku dan famili.... tapi tu bukan alasan untuk bersedih dan melolong.... Anyway, tu citer lain la.....

Dlm dok serabut berpikir tu, sempat lak baca blog sorang mamat ni, Afiq ... Aku suka sgt baca tulisan dlm blog dia ni.... Aku terjumpa blog dia masa sebok dok search pasal Yasmin Ahmad... Budak ni muda lagi.. tapi sgt bijak dalam penulisan dan menghasilkan karya yang kreatif. Contohnya, short film dia ni..... 4 Peringkat Ajal ... Kalau rajin, watch la the film...

Anyway, aku yang mmg suka menulis citer2 pendek (bukan cerpen, tapi skrip) teruja tetiba menulis kembali...... dan yang aku nak share ni ialah skrip yang aku buat khas untuk my husband & my dad.

Aku tak pandai sgt nak bagi angle2 atau background yang sesuai (harap maaf kalau background tu pendek jer descriptionnya).. korang pandai2 la imagine ye.......... tu kerja pengarah la kan... hehehhe...

Maka terhasillah... "Untuk Siapa Lagi Doa ini"........

Tajuk: Untuk Siapa Lagi Doa Ini
Penulis: Jajadomaq
___________________________________________________________________

BG: Seorang wanita di pusara sedang duduk berdoa....

Narration:
”Aku tak pernah kenal erti kasih sayang seorang ibu.. kerana ibu telah pergi meninggalkan aku semasa aku masih kecil lagi... yang aku kenal, hanyalah kasih sayang Abah....”


BG: Seorang kanak-kanak perempuan (5 tahun) bermain buaian dengan Abahnya
Narration:
”Duniaku hanya ada aku dan Abah .... Selama ini, aku membesar dengan kasih sayang dan juga doa restu Abah.... ”

BG: Seorang kanak-kanak perempuan sedang bersiap untuk ke sekolah. Mencium tangan abahnya (Nak ambil UPSR) – Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.
Sarah: ”Abah, Sarah nak pergi ambik UPSR ni....Abah doakan semoga Sarah berjaya dlm exam ni ye...”

Abah: ”Ye sayang, good luck!....Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”


BG: Seorang remaja di airport (belajar kat oversea- berwajah muram) sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Aku terpaksa berpisah seketika dengan Abah demi menuntut Ilmu.... Namun, Abah tabah melepaskan aku...”.

Sarah: ”Abah, Sarah dah nak pergi ni... Abah jaga diri baik2 ye... dan.. doakan Sarah berjaya ye!”

Abah: ”Ye sayang... Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita ingin memulakan hari pertama pekerjaan sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Abah sentiasa memberi peransang dalam apa jua bidang yang aku ceburi..”

Sarah: ”Abah! Sarah nak pergi kerja ni... Abah doakan Sarah menjadi pekerja cemerlang ye!”

Abah: ”Abah yakin Sarah akan berjaya... dan... Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita berpakaian pengantin (sambil mengalir air mata)sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
”Pada hari bahagiaku pun, Abah jugaklah yang bertungkus lumus memastikan semuanya berjalan lancar dan sempurna.... Abah paling bahagia kerana tugasnya telah sempurna.....”

Sarah: ”Abah, Sarah kena pergi ikut suami Sarah.... Abah boleh ke tinggal sorang2? Abah doakan Sarah jadi isteri yang solehah ye!”

Abah:”Jangan risau...Abah ok.....Abah yakin Sarah pasti menjadi isteri yang terbaik sekali... dan.... ingat, siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”

BG: Seorang wanita mengandung ingin masuk ke bilik bersalin sedang mencium tangan Abahnya. Abah sangat mesra memberi kata-kata peransang kepada anaknya.

Narration:
"Panik betul aku kerana tak tau apa nak buat masa nak bersalinkan Imran..... tapi Abah sentiasa ada di sisi menenangkan aku..."

Sarah: ”Abah.... Sarah takut nak pergi masuk bersalin tu.... Abah doakan Sarah selamat ye!”

Abah: ”Suami Sarah kan ada masuk sama... tawakal pada Allah, jangan takut..dan.. Siapa lagi yang nak doakan anak Abah ni kalau bukan Abah kan...?”


BG: Seorang wanita sibok menguruskan suami dan anak serta kerja pejabat. Abahnya (makin tua) pula sedang duduk sendirian di kerusi malas.. merenung keluar tingkap...

Narration:
”Hari berganti hari... tahun berganti tahun.... aku semakin sibuk dengan urusan keluarga dan pekerjaan.... Aku makin jarang mengingati Abah... apatah lagi bertanya khabar atau mengunjuginya...

BG: Telefon berbunyi.... wanita itu mengangkat dan berwajah panik

Narration:
”Sehingga pada suatu hari... aku menerima panggilan telefon ... Abah masuk hospital dan keadaannya makin tenat...

BG: Di hospital, wanita itu (bersama suami dan anak) memangis melihat Ayahnya sedang terbaring (dengan memakai mask oksigen)

Narration:
”Aku diberitahu yang Abah kena serangan sakit jantung.... Berderai airmata melihat Abah yang dulunya gagah dan segak... kini kurus dan lemah... kulit Abah makin kecut dan mukanya pucat dan tidak bermaya”

BG: Wanita itu duduk di sebelah Abahnya dan memanggil lembut
Sarah: “Abah, bukalah mata… Sarah datang ni….”

BG: Abah membuka mata perlahan... wanita itu tidak dapat menahan kesedihan.

Abah: ”Sarah?... Sarah anak Abah... dah sampai masa untuk Abah pula yang pergi.....”

Sarah: ”Abah, jangan la cakap macam tu..... Sarah minta maaf sebab Sarah dah abaikan Abah, Sarah lupa tanggungjawap Sarah kat Abah....”

BG: Abah menitiskan air mata memandang muka anaknya dengan penuh pengharapan

Abah: ”Takperlah Sarah, Abah paham...... Cuma satu jer Abah nak minta dengan Sarah sebelum Abah pergi... Kalau Abah dah pergi nanti..... Abah nak Sarah sentiasa doakan Abah ye..... Doakan Abah ditempatkan dengan orang2 yang soleh... lagipun, siapa lagi yang nak doakan Abah ni kalau bukan anak Abah kan...?”

BG: Wanita itu mengangguk sambil sedikit terseunyum kerana Abahnya masih ada sense of humor.

Sarah: ”Ye Abah...... Sarah janji.. Sarah janji...Sarah akan sentiasa berdoa untuk Abah.. dan untuk Ibu.... ampunkan Sarah, halalkan makan minum Sarah ye?.... ”

BG: Abah tersenyum penuh kelegaan...

Abah: ”Terima kasih Sarah anak Abah.... Abah ampunkan dan Abah halalkan.....”

BG: ECG menunjukkan tiada lagi degupan jantung (bunyi tetttttttttttttttttttt)

............................................................................

BG: kembali ke scene wanita tadi di pusara sedang duduk berdoa....

Narration:

”Abah pergi pada pagi itu juga........ dan semenjak dari itu, setiap hari... aku tak pernah lupa mendoakan Abah dan Ibuku ....kerana sesungguhnya tiada apa yang boleh aku berikan lagi kepada Abah dan ibuku yang telah pergi ... kecuali doa seorang anak yang soleh... Semoga kalian tetap tenang di sana dan sampai masa, aku akan pergi juga dan kita akan bertemu semula..... ”

___________________________________________________________________________________

Tamat aaa...

Note: Citer ni aku dok imagine kalau jadi iklan hari raya ke, hari bapa ke... selalu gak berangan Yasmin Ahmad yang direct iklan atau short film ni... (berangan gila la wei!!!!).. anyway, al-fatihah untuk Yasmin Ahmad....
Read rest of entry

Monday, July 27, 2009

Otak Aku Penat!

These summarized me at the moment:

"Tired, exhausted, depress and desperately need a comforting and mind-relaxing break!
Seriously! I'm in no mood to work, chat or even blog. I deeply hope all these mind-wracking problems that I'm facing, will soon phase out!"


Note: Actually, I'm in no mood for nothing!
Read rest of entry

Friday, July 17, 2009

Poco-Poco

Hari: Sabtu
Tarikh: 11 Julai 09
Tempat: Vista Pinggiran
Acara: Poco-Poco

Hari Jumaat last week aku perasan 1 poster kat depan lift... jemputan ke acara poco-poco... Eh, poco-poco ni yg makcik2 dok menari ramai2 tu kan? Kataku dlm hati.... Tapi, tetiba rasa nak join lak... makcik pun makcik la... lagipun free jer.. belasah la kan...

Mari berpoco-poco!

Maka, pagi Sabtu, dengan gigihnya, lepas jemur kain dan buat breakfast, aku pun turun ke dewan serbaguna dengan Adda untuk acara poco-pco bersama makcik2...

Wah.... tak sangka, ramainya awek yg join.. semua muda2.. yg tua pun 40 an jer... ramai gak yang menghadirkan diri.. dalam 20 org lebih... ramai gak yg bawak anak2...

Sebelum poco-poco..Perut macam ombak beralun-alun.

Okey Adda, kita register dulu...

Mommy & Anak yg jelita

Tetiba diorg cakap, instructor sesat.. kena gi ambik... Huh, lambat lagi ni.. lapar la pulak... pegi cafe dulu lah!

Pekena mee goreng

Sama teh tarik...

Adda, roti canai sama air kotak..

Byk kalori tu.. tapi takpa, lepas ni poco-poco kita....

Kul 9.45 baru instructor tu sampai.. Akak, umur 40 an... memula dia pakai tudung litup.. masuk ja dlm dewan, lepas pintu berkunci, terus bukak semua, tinggal baju dan seluar sendat.... vouge sungguh akak tu (aku tak snap gambar dekat dia, kang dia marah lak kalau upload kat sini)..

Poco-poco.. goyang kiri dan kanan (Akak Instructor baju biru seluar itam)


Step dia agak senang.... ulang2 ja... Adda, menyemak jer...

Actually aku nak snap gambar awek seksi 2 org kat belakang tu...Adda sebagai alatan sahaja.

Habis poco-poco.. Ombak perut dah surut sikit kan????

Mmg gila penat menari.. berpeluh2 menitik2..... tak sangka... sebenarnya good exercise... mmg burn kalori sungguh. yang penting, sgt enjoy! I highly rekomen!

Kalau korang nak tau, poco-poco ni seme lagu Indon belaka... Rasanya mmg berasal dari Indon... Tapi ada gak ckp originally berasal dari line dancing. Tatau la mana satu betul, yg pasti, aku enjoy!


Untuk tatapan korang, aku persembahkan video klip poco-poco.

Ni lak, tarian Poco-poco masa wedding Ning Baizura.


Note: Next time kalau ada lagi... aku mesti join!
Read rest of entry

Thursday, July 16, 2009

Boipren Demam

Kesian.... Dah dua hari boipren aku demam dan muntah2.... Cirit birit tak tau la berapa kali....

Semlm aku terpaksa cuti sebab nak jaga dia... tak kan nak tinggalkan dia kat taska.. tak sampai hati lak.. asik merengek ja... Maklumlah tak sehat.. Kang, cikgu2 lak tensi... Takpa2.. Mommy jaga Imran.. (kakak2 pun apa lagi.... sebok takmo pegi taska).

Kat Klinik.. muka layu jer... tapi still ensem kan??

Opie sebok panjat sembang dgn fish yg ada kat klinik

Sambil tggu org ramai gila kat Klinik Fazliyana, kami singgah mkn kat Ayamas.. Ayamas tu sebelah jer dgn klinik...

Nampak menarik, tapi frust! Ayamnya keras kiong!

Huh! Seksi ye! Jaga ko!

Gegar gambar sebab nak peace gak!

Mamat ni tak bagi aku upload gambar dia.. ah! sukati aku la!
Boipren menjeling dari kejauahan.


Lepas gi klinik, balik ja umah, bagi ubat kahak.... tak sampai seminit, Imran terus muntah, kuar habis seme lendir2...

Muntah pun mau upload ka?? Geli la woi!

Bibik..... ehh.. Mommy... sila bersihkan saya...

Yoyo.. wassup! Ensem kan boipren aku!

Note: Hari ni boipren dah ok. Panas dah takde.. Muntah2 pun takde... Maka ke taska la dia dan kakak2nya.


Read rest of entry

Stadium Bukit Jalil - Bukan Sekadar Venue Sukan

Huh.....

Mereka kata nak agungkan Bahasa Melayu...
Mereka kata nak gunakan Bahasa Melayu...
Mereka bising bila org guna Bahasa Inggeris untuk urusan rasmi....
Mereka kecoh bila orang rojakkan Bahasa Melayu...

Tapi bila orang mereka buat billboard besar2 gunakan Bahasa Melayu rojak.. takde pulak mereka nak betulkan ke nak piket bising2 soh turunkan billboard tu....

Aku pulak yang hari2 sakit mata tengok billboard ni... sebab hari2 aku lalu depan stadium Bukit jalil ni... Aku terpaksa shoot video ni sebagai bahan bukti...

Apa ke halnya nak gunakan perkataan "venue"?
Sebab "Lokasi" atau "Tempat" bunyi macam tak class ke???

Aku check kat kamus dewan, tak dak la pulak perkataan "venue" ni... Camner billboard ni leh approve??? DBP, tolongla pantau penggunaan Bahasa Melayu oleh pihak berkuasa.

Note: Besar tu billboard! Dua pulak tu!
Read rest of entry

Tuesday, July 14, 2009

Firman Allah SWT????

Baca ayat ni dan hayati............

Kecantikan Seorang Wanita

Allah S.W.T berfirman:
"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk
menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk
menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan
anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya. "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya
dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh."
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam
setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya."
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya."
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang
suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang
menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya
tanpa ragu."
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan. Ini
adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."
"Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk
yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya.Kecantika n seorang
wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya, tempat
dimana cinta itu ada."

~Kirimkan Firman ini kepada setiap wanita yg anda kenali.... Anda akan menambah harga diri ciptaan Indah, WANITA! kerana, Setiap Wanita itu Cantik...~

Hokey...... dah baca???
Sekarang aku nak habaq ni..........
Ini serius............
Sila ambik perhatian dan bagitau kawan2 anda!!!


Aku baru jer dapat email dari kenalan yang forwardkan ayat di atas, kononnya satu "firman Allah SWT" tentang penciptaan wanita.
Masalahnya, mungkin org yang memforward tu tak sedar yang apa yang diforwardkan tu bukan firman Allah... aku tak tau la "sajak"ciptaan sapa, tapi definitely not from the Quran! If not from the Quran, maknanya bukan firman Allah SWT.

Aku dah semak di ruangan perihal wanita, dan tak jumpa pun ayat ni dalam Quran.... Kalau aku yang lembab sampai tak jumpa, dan korang ada jumpa, sila bagi link kepada rujukan tu ye.

Keyword "wanita", cameout "Tidak ada keputusan pencarian". Keyword "perempuan" dapat list seperti di atas.


Aku yang mmg tak puas hati.. terus menggoogle ayat ni.... Rupanya, byk gila blog dan website bercirikan Islamic yang ada posting ayat ni.... Ayoyo.... apa korang ni.... nak posting pun biarlah confirm dulu.. jgn main2 dengan ayat Quran.... Korang cannot just simply forwardkan ayat yg korang rasa sedap dan membuai2 perasaan tanpa pastikan dulu sumber yang sahih dan benar.

Antaranya, sila tgk di sini:
Actually byk lagi dan dah circulate merata2.... aku malas nak paste dah... Dan semua posting dlm list di atas start dengan statement "Firman Allah SWT" atau Allah SWT berfirman".

Apa yang merisaukan ialah, tiada rujukan ayat ni dari surah mana. Setakat memulakan ayat yang ala2 sajak dengan tulisan "Allah SWT berfirman"... Guys!! This can seriously merosakkan aqidah kerana org akan percaya yang ni sebahagian dari ayat Quran, padahal palsu semata-mata.

Kepada penulis blog/website yang dilistkan di sini, harap maaf sebab ambik korang sebagai contoh. Harap korang dapat delete posting ayat ini dari blog/website korang. TQ.

Note: Kalau tak puas hati dengan aku, silalah cari sendiri ayat ini di dalam al-Quran.
Read rest of entry

Monday, July 13, 2009

YM Anak Pak Ramli

Aku kembali setelah seminggu menyepi (ceh.. ada sapa peduli sama ko?)...........

Ni entri pendek jer....
entri panjang esok aaa......
Byk mau citer ni...

Sekarang ni.. semenjak dua beradik ni dah ada dalam list YM aku, asik jer aku dok salah klik... Dua2 mau letak nama En. Ramli... dah la sama2 start nama "Z". Selalunya aku dok salah hantar mesej kat si kakak.... pastu, asik kena gelak!

Korang berdua betul2 mengkonpiuskan aku....

Takpa.. nanti aku tukarkan ID korang. wakakakakaka..

Sorang sulung, sorang bongsu.... setel!

Note: Jangan mareee aaa Zai Ramli & Zam Ramli! Kepada kawan2 yang lain, sori, 'ter'iklan sekali nama korang!
Read rest of entry

Thursday, July 2, 2009

Kreatif yang melampau!

Mommy sememangnya nak anak2 mommy kreatif dan berdaya imaginasi tinggi. Maka mommy tak pernah menghalang anak-anak mengekspresasikan apa yang terpikir di minda pada dinding2 di dalam umah. Maka terhasillah……..


Family potrait yang syahdu

Spongebob yang gembira

Encik Krab, nak ke mana tu?



Mungkin ini Rabbit dari citer Tigger & Pooh?


Tiga beradik... sweet!


Botol air atau kaki palsu?


Spiderman

Berjalan2 bersama kucing?


Berjalan2 bersama rakan taska?

Boipren berbaju merah...

Goliath (Jojo Circus)

Remote TV pun ada..

Setelah keadaan dinding menjadi makin tak terkawal, Mommy berbincang dgn Abah, dan decided untuk belikan papan lukis yang boleh reusable selalu. Boleh la lukis dan padam sesuka hati sampai penat………

Papan lukis hadiah dari Abah & Mommy

Tapi mengapa korang perlu conteng jugak kat belakang papan lukis tu?


Apa kabar kucing berkaki 11?


Note: Nampaknya cubaan mendisiplinkan tak mendatangkan hasil!

Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...