Klik tau!

Monday, May 18, 2009

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Salam

Sharing IS Caring

Dr. Fatimah Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. "Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan. Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

p/s: kawan2 sekalian, silalah amalkan ye... heheheh.. untuk kesejahteraan rumahtangga....

salam.

4 ulasan:

Mohd Riziqin Hill on Tuesday, May 19, 2009 6:28:00 PM said...

huhu..

utk laki takde petua?

catz on Tuesday, May 19, 2009 11:12:00 PM said...

wah ... pasti kena amalkan ... chayo chayo!! hahahaha

Jajadomaq on Tuesday, May 26, 2009 2:29:00 PM said...

Reez, petua lelaki gi tanya dr. ismail thamby.. heheheh

Jajadomaq on Tuesday, May 26, 2009 2:30:00 PM said...

Ain, ya.. marilah amalkan.... heheh.. tapi kan selalunya lepas semayang tu, nak tido jer... asyik terlepas nak baca jer... :P

 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...