Klik tau!

Monday, May 18, 2009

Petua dari Dr. Fatimah Az-Zahra

Salam

Sharing IS Caring

Dr. Fatimah Az-Zahra menurunkan petua untuk kaum wanita menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah. "Abqaro" ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan. Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum wanita untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.


Caranya:
Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk menjaga kecantikan diri & utk kebahagiaan rumahtangga .

Makna surah Al-Waqiah ayat 35-38:
56.35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
56.36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara(yang tidak pernah disentuh),

(56.37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,

(56.38) (Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan

p/s: kawan2 sekalian, silalah amalkan ye... heheheh.. untuk kesejahteraan rumahtangga....

salam.
Read rest of entry

Tuesday, May 12, 2009

Untukmu

Sker lagu ni dulu2.... teringat zaman2 muda & bercinta....




Salam.
Read rest of entry

Wednesday, May 6, 2009

Kenduri kawin anak Doc Salmi

Salam.
Last saturday aku pergi kendiri kahwin anak Doc Salmi, Aiman & Sakinah. Sebelum tu, khamis ada pergi chowkit beli hadiah kahwin. Jal bagi idea soh beli set frame yg ukir2 tu... So, kutip2 duit budak2 Sekolahku.net, tambah dgn duit aku, dapat la beli 1 set frames Allah (swt) & Muhammad (saw). Kos pun tak mahal sgt, RM60.
Sebenarnya tak puas hati la sebab frame tu takde yang lawa sgt. Tapi memandangkan dah masuk chowkit dan dah nak maghrib, maka aku beli la jugak frame tu. Kang tak beli Abah marah lak, dah la paksa dia gi chowkit. hehehhehe... TQ Abah sebab layan jer Mommy...

Anyway, ni nak share gambar2 kendiri kawin tu pada yang tak pergi (tak tangkap byk gambar pun).
Frame Muhammad (saw) Frame Allah (swt) Set frame Allah & Muhammad
Hadiah siap dibungkus (peace) Acara potong kek... x nampak sangat la... Abah, Imran & Opie Mommy & Adda (peace lagi) Adda & Opie (Asyik peace jer)
Mommy & Imran Pengantin- Aiman & Sakinah
Read rest of entry

Monday, May 4, 2009

Blogger Award???

Salam.
Ni entry yg aku pun tak tau apa motifnya.... Tapi Suez cakap sama ada aku bleh komen2 logo kat bawah ni atau sama ada aku bleh buat bodo... eemm... kalau buat bodo tu macam tak sopan lak kan.... dah Suez tag nama aku kan.. kecik lak hati dia kalo buat bodo (walaupun aku ni mmg bijak buat bodo)... So, demi menjaga hati dan perasaaan, maka aku bijakkan diri mengkomen logo bodo ni.
Pada pendapat aku, award ni tujuan dia nak bagi kat kawan2 kita sebagai penghargaan sebagai seorg blogger yang cas best laaa.. So, its from a friend to a friend la.... Bila bagi tu, kita kena sertai sekali dgn ucapan pujian2 melangit, kalau setakat tag jer nama kawan, macam tak berapa kena laaa....

OK. Tu jer kot Suez..... oh ya! Ko mmg blogger yang hebat!

Salam.
Read rest of entry

Monday, April 27, 2009

Pelupa!

Salam.

Sejak dua menjak ni (lepas beranak) aku makin jadi pelupa... semua benda aku macam blur & lost.. kadang2 menyebabkan tension sebab rasanya dulu2 aku tak macam ni.. dulu2 otak cam ligat ja pikir semua benda... skg ni macam otak berselut ja!

Anyway, aku ada bercerita gak ttg masalah aku ni pada husband dan member2 seangkatan... ikuti conversation ni:

Conversation dgn laki aku:

  • Mami : Abah, Mami rasa lepas beranak ni otak Mami lembab betul la.. Semua benda Mami lupa...
  • Abah : Kalau dah tau diri tu pelupa, cuba tulis semua benda supaya ingat. Ambik pen & kertas, sebelum tido tulis satu2 ... simple what???
  • Mami : Ye la....... (Dalam hati - Bila pulak aku mintak solution ni?? Malas la nak sembang dah!)
  • Abah : Tersenyum puas (kononnya dah membantu solvekan masalah bini..)

Conversation dgn member aku:

  • Aku: X, aku rasa lepas beranak ni otak aku lembab betul la.. Semua benda aku lupa...
  • Member: Yeke.. siannya ko.. aku dulu pun sama gak.. lepas beranak mmg otak macam karat sikit... lagila beranak 2-3 ni... aku ada baca dlm magazine hari tu, mmg dia cakap lepas beranak... bla bla bla.... tu la.... bukan senang beranak ni....
  • Aku : Tu la.... tension kan? Ko buat macam mana?
  • Member : Ntahla... kadang2 aku tulis gak nak bagi ingat... tapi selalunya, x ingat lak nak baca apa yang aku tulis ...heheheh
  • Aku : Kan??... hehhehehe

Tu la bezanya antara conversation pompuan - pompuan & conversation pompuan - lelaki. Bagi aku lelaki ni secara general suka sgt bagi solution walaupun orang tak mintak. Kaum pompuan kadang2 tu nak citer jer masalah yang dihadapi... kalau kita nak solution kita akan tanya solutionnya. Org pompuan jugak selalunya tak akan pandai2 nak bagi solution selagi member kita tu tak tanya "apa solutionnya?". OK tu jerlah.. hehehhe

Nota:
Semasa aku dok tulis ni.... aku masih lagi dok lupa apa aku nak buat tadi.. mmm.. mmg nak kena tulis ni!

Salam.

Read rest of entry

Friday, April 24, 2009

Chicken- a-la-Carte

Salam.

Kali ini aku terpaksa juga take 5 minutes nak tulis dlm blog ni sebab nak share dgn korang satu kisah yg boleh menjadi teladan kepada kita yang selalu mengeluh tentang kehidupan kita.

Please take a moment to watch this short movie, the winner of Berlin short film festival about hunger & poverty. Semoga kita akan lebih bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan dan ada tekad untuk membantu insan yang lebih memerlukan.

http://www.cultureunplugged.com/play/1081/Chicken-a-la-Carte
Read rest of entry

Thursday, April 23, 2009

Amah yang kejam dan bangsat!

Salam.

Aku mmg takde benda sgt nak menulis sejak2 ni.. tapi satu link yang jal bagi tadi telah meruntun hati keibuan aku..... mmg mengigil aku tgk video tu....

Macammana seorang sanggup mendera seorang kanak2 kecil dengan begitu kejam sekali.....demn betul la.... sebaya dengan anak aku.. rasanya tua sikit dari Opie jer tu....

Cubalah korang tgk video ni.... aku terus trauma nak ambik maid.... biarlah bersusah2 setiap lagi hantar anak ke taska & bayar mahal.. janji hati aku tenteram bila pikirkan cikgu2 kat taska tu baik2 semuanya dan anak2 aku gembira ja kat taska tu... sampai kadang2 takmo balik sebab nak main lagi dengan kawan2.....

Mesti tgk jugak walaupun ngeri dan tak sampai hati:
http://walaoehwangsamaju.blogspot.com/2009/03/blog-post_31.html

wsalam.
Read rest of entry

Wednesday, April 8, 2009

Sajak- Kata Nama Am

Hari ni aku tolong buatkan sajak untuk LO kata nama am... aku main belasah jer.. best gak buat sajak ni rupanya. Sajak tu aku namakan "Nama-Nama" .. Ni lah hasilnya:

Nama -Nama

Remaja
Naif dan keliru
Mencari identiti untuk berubah
Seperti sesumpah menukar wajah
Andai aku bisa fahami mereka
Akan ku terima dengan hati terbuka

Sekolah
Luhur dan mulia
Memberi ruang menimba ilmu
Seperti laut yang tidak bertepi
Andai aku bisa mentadbirnya
Akan ku urus sebaiknya

Tumbuhan
Hijau dan rimbun
Memberi nyawa kepada kehidupan
Seperti darah di dalam badan
Andai aku bisa menjadi akarnya
Akan ku pastikan ia tetap subur

Bumi
Tua dan nazak
Menanggung segala kisah manusia
Seperti jiwa memendam rasa
Andai aku bisa menjadi paksinya
Akan ku bela sepenuh jiwa

Kehidupan
Hitam dan Putih
Mengatur rentak setiap insan
Seperti pena melakar lukisan
Andainya aku bisa mengubahnya
Akan ku warnai dengan pelangi

Langit
Luas dan terbentang
Mengasyikkan mata yang memandang
Seperti kanvas yang tiada penghujung
Andai aku bisa melukis di atasmu
Akan ku lukis wajah keamanan


Jajad - 070409
Read rest of entry

Friday, April 3, 2009

pening kepala

Pening gila kepala aku ni... semua penangan kopi pekat kat prince hotel.

Tadi aku kena gi mengadap delegate dari Korea... ada la 2 company yg buat e-learning... macam best2 gak product diorg... nanti nak kena review kat website diorg.

Lani rasa nak kena baring.. ting tong!!
Read rest of entry

Wednesday, April 1, 2009

Ada hantu ka kat tempat aku???

Semalam mumu ckp yg dia dengar bunyi toy anak aku..... padahal tu dah malam.. diorg stayback.... tetiba ad bunyi2 mainan kat tempat aku....

ni dah byk kali org citer yg dgr macam2 kat tempat aku.... huhuhuhu...
Read rest of entry
 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...