Klik tau!

Friday, June 12, 2009

Adakah Anda Seorang yang Biadap???

Semalam aku MC (EL. hehe) sebab sakit kepala yang teramat dan sakit pinggang yg macam terasa cam lepas kena belasah dengan geng2 Ah Long Kristal. So, aku decided, takmo pegi kerja walaupun abah buat muka tak puas hati (sebab sorang pecacai kedai dah kurang) dengan aku. Maka, untuk membestkan hari cuti sakit aku, aku paksa abah soh gi hantar the girls tu ke taska.. Ye la, aku dah sakit kepala.. kang ada lah yg kena pelangkung dengan aku gara2 aksi mengada dan gediks yang tak mampu di layan oleh aku.

Anyway, dlm syok2 dok baring kat sofa lepas dah mandikan dan tidorkan Imran, aku pun layanlah Hallmark Channel (702) kat Astro. Kul 2, ada citer Oprah... aku mmg minat sangat tgk Oprah ni... kalau ada show dia, mesti layan....
Tajuk dia hari ni agak best gak.. "Are You Rude?"... yg kelakarnya, menurut statistik (kat US la), 80% org berkata yang orang disekeliling mereka adalah sgt rude. Tapi 99% mengaku yang mereka tak rude. hahahahahha.... apa la bodonya kajian... Ko mengaku ko tak biadap, org sebelah ko ckp ko biadap, ko pun ckp org sebelah ko biadap, dia pulak ckp dia tak biadap.. ko la lagi biadap.. dan seterusnya, terus menunding jari (tak ke biadap tu???) ..... ish... cuma 1% jer yg mengaku biadap??? Mmg semua tak sedar diri.. heheheheh....

Antara orang2 yg dikatakan selalu bersikap biadap ialah: pemandu, pelanggan, rakan sekerja, jiran, penumpang, dan list dia berterusan. Bagi aku, mmg benda ni dah jadi cam lumrah... semua org pasti akan pernah bersikap biadap.... aku sendiri pernah dibiadapkan oleh kawan2, rakan sekerja, jiran, adik beradik.. etc. Dan mmg sakit hati dengan kebiadapan mereka2 ini. rasa nak hayun jer tangan... tapi bila buat camtu, kita lak yg akan dicop biadap.

Aku jugak pernah biadap!..... malu pulak bila pikirkan balik.. biadap dengan cashier, biadap dengan amah collect duit 20 sen nak masuk toilet, biadap dengan suami (oh... syurgaku), biadap dengan ibu bapa (oh syurgaku)... biadap dengan rakan sekerja (maaf kawan2ku)... dan biadap dengan sapa2 ntah... (maafkan aku ye sapa2)...

Jadikan, lepas tgk show tu.. aku rasa, nak ubah la diri ni sket.. be more relax, jgn poyo sgt, jgn kecoh benda sikit2 pun... bertolak ansur dan yg paling penting, mendengar kata suami (oh syurgaku).... Lepas ni, kalau jumpa cashier yg lembab ke, atau pelayan yg blur ke.. aku akan cuba ckp elok2 dan bermanis muka...

Oh ya, Oprah ada buat kuiz, sesapa yang berminat nak buat kuiz ni.. silalah klik di sini.

Note: Org benci sebenarnya org yang biadap ni. Anda jangan ingat anda best sgt! Buat orang mengumpat jer... Tapi ingat ye, orang yg mengumpat tu pun biadap jugak! Wakakakka..

3 ulasan:

zulfarina zulkeple on Friday, June 12, 2009 2:11:00 PM said...

Saya mengaku akan kesilapan sy yg lalu mmg penah mengumpat kak jajad hehehe saya minta maaf...tak berfikir tapi bertindak ish..ish...gara2 insiden ini lah sy telah kurang bercakap tapi org biadap tu mmg tahu bersuara n menyatakan ketidakpuasan ati..drpd org yg memendam perasaan lama2 mkn diri..
Tapi sy lagi benci org yg hipokrit kan kak jajad...

Jajadomaq on Friday, June 12, 2009 4:36:00 PM said...

Ala Zul.. semua org pernah mengumpat, kak jajad pernah mengumpat Zul zul pernah mengumpat k jajad... kita pernah pengumpat kawam2 opis yg lain termasuklah Kak eton cleaner...

Yg penting, sedia memaafkan yg meminta maaf dan abaikan yg tak nak mintak maaf. Dan ye, org yg hiprokrit jugak org yg sakit jiwanya... sebab asyik pendam rasa.. boleh berterus terang, tapi rasanya kenalah dgn cara berhemah.. (now, sila undi akak utk jawatan ketua wanita)

ZR on Wednesday, June 17, 2009 10:51:00 AM said...

jajad..aku pun biadap gak....tp aku suka biadap dgn org yg biadap kat aku...boleh...ehehhehehe...

 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...