Klik tau!

Tuesday, June 16, 2009

Surah 1- Al-Fatihah

Salam.
Seperti yg aku bagitau pasal ruangan sehari sepotong ayat, maka aku mulakan dulu la ye dengan Surah 1- Al-Fatihah. Surah ni, untuk pengetahuan korang ialah surah yang pertama sekali korang akan jumpa bila bukak al-Quran dan surah yang paling kerap sekali dibaca oleh umat Islam. Ni ada sikit info pasal surah Al-fatihah:

Surah Al-Fatihah (Arab: الفاتح , al-Fātihah, "Pembukaan") adalah surah pertama dalam al-Quran. Surah ini diturunkan di Mekah (kategori - Makiyyah) dan terdiri dari 7 ayat. Al-Fatihah merupakan surah yang pertama diturunkan dengan lengkap diantara surah-surah yang ada dalam al-Quran. Surah ini disebut Al-Fatihah (Pembukaan), kerana dengan surah inilah dibuka dan dimulainya Al-Quran. Dinamakan Ummul Qur'an (induk Al-Quran/أمّ القرءان) atau Ummul Kitab (induk Al-Kitab/أمّ الكتاب) karena dia merupakan induk dari semua isi Al-Quran. Dinamakan pula As Sab'ul matsaany (tujuh yang berulang-ulang/السبع المثاني) karena jumlah ayatnya yang tujuh dan dibaca berulang-ulang dalam solat.

Gambar ref: www.al-islam.com

  1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  2. Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam.

  3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

  4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).

  5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

  6. Tunjukilah kami jalan yang lurus.

  7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
Wow, hebatkan bait2 ayat dalam surah ni. Bagi aku surah ni sangat lengkap merangkumi apa yang Allah SWT mahukan dari kita sebagai hambanya dan degan satu surah ni, semua tentang hubungan kita dengan Allah dijelaskan dengan ringkas, bernas dan padat. Cuba kita tgk satu persatu ye:
  1. "Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
    Bismillah sendiri adalah termasuk dlm surah Al-Fatihah. Sangat indah membaca sesuatu yang dimulakan dengan memuji nama Allah. Maka, setiap kali kita membaca al-Fatihah, perlu sgt2 kita mulakan dengan bismillah ye, kerana ia adalah ayat pertama dari surah ini.

  2. "Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam."
    Ayat ni pulak dengan jelas sekali menerangkan kepada manusia bahawa setiap sesuatu benda, termasuklah aku, korang, bumi, planet, cakerawala, alien, mambang tanah, bomoh siam, setan nirrojim dan segala2nya adalah kepunyaan Allah SWT dan Dia jugaklah yang mentadbir dan memelihara setiap sesuatu benda tu.

  3. "Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani."
    Ayat ni nak menunjukkan kepada kita betapa kasih dan sayangnya Allah SWT kat makhluk ciptaannya, terutama sekali manusia. Bayangkanlah kalau setiap kali kita memuji Allah SWT pemurah dan mengasihani... bukankah bagus??? Setiap kali tulah diharap Dia melimpahi kita dengan kasih sayang dan rahmat.. amin...

  4. "Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat)."
    Allah juga selitkan bahawa jangan manusia lupa sama sekali walaupun Dia menguasai semua yg ada di alam nyata ni, Dia juga menguasai dunia akhirat nanti. Jangan memain! Betapa besarnya kuasa Allah SWT.

  5. "Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
    Ni ayat yang aku paling suka dan paling syahdu bila membacanya... Sebabnya, di kala aku ada masalah, emosi tak tenteram.. aku akan baca ayat ni.... tak perlu nak jumpa bomoh siam, soh dia tolong bacakan.... baca sendiri jer... hanya padaMu aku sembah dan hanya padaMu aku mohon pertolongan... Amalkan selalu ye.. satu lagi, kalau takut nak lalu lorong2 sunyi tu, baca ayat ni ye... harap dapat perlindungan dari jin, hantu, perogol, penyagak...insyallah.....

  6. "Tunjukilah kami jalan yang lurus."
    Sapa nama Siratul ke Mustaqim ke patut bangga sebab nama dia dtg dari ayat ni.... hehehhe.... Cuba korang bayangkan kalau setiap hari dlm solat kita minta Allah tunjukkan jalan yang lurus, permudahkan laluan hidup, kalau ada masalah harap Allah show the way, show the right path... jalan yang diredhai, takmo la jalan songsang ke lorong Haji Taib ke ....

  7. "Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat."
    Penutup ayat yang fantastic. Sudah terang lagi mau bersuluh ka???? Kalau betul2 kita hayati ayat ni, kita akan betul2 terselamat dari noda dan dosa dunia. Ewah! Ye la... Dah sah2 kita mohon Allah beri kenikmatan dan jauhi kita dari termasuk dalam golongan yang dimurkai dan sesat. tapi, susah nak citer pasal nikmat ni ye, sebab berbeza perasan masing2.. maybe kenikmatan orang yg solat kusyuk berbeza dengan yang solat memain... tapi, dengan sentiasa memohon kepada Allah, maka diharap, akan merasailah nikmat yang dimaksudkan dlm ayat ni. Aku sendiri masih tertanya2, di mana nikmat solat tu? Ni kes solat tak kusyuk la...

Ok... tu adalah pandangan peribadi aku berdasarkan apa yang aku baca dan fahami. Kalau ada salah, harap dapat tegur dan sama2 memperbaiki pemahaman kita. Lagipun Quran untuk dibaca, difahami dan diamalkan.

Note: Aku masih ragu2 sama ada sesuaikah aku yang menulis tentang benda ni? Tapi, pendapat peribadi aku, al-Quran bukanlah dokumen rasmi kerajaan atau bahan sulit yang tidak boleh diperbincangkan secara terbuka. Asalkan jangan mempertikaikan kata2 Allah atau membuat penafsiran sendiri yang sesat dan salah, aku rasa tidak menjadi satu kesalahan. Lagi pun aku sangat berminat membacanya dan sangat sukakannya....

* Gambar telah diedit kepada gambar baru yang lebih terang.

5 ulasan:

catz on Tuesday, June 16, 2009 8:13:00 PM said...

time kasih cikgu ... baca blog pun leh dapat pahala sbb belajar quran :D

ZR on Wednesday, June 17, 2009 11:16:00 AM said...

tak salah jad...asai kan kite tidak menyesatkan ayat yer.. aku suka.. ehhehe.. sbb aku tak rajin baca tafsir mcm ko...sekurang2nya..bila aku baca blog ko aku dpt gak ilmu... antara tujuan aku buat website tu pon adalah untuk berkongsi ilmu yg ada... itu sbb ada segmen info...bukan sekadar citer2 ttg aku/family je mcm kat dlm cerita team tu...ehehheh....renung2kan dan selamat beramal...

p/s: aku nak bg 10 bintang utk entry nie...

pQ on Wednesday, June 17, 2009 3:28:00 PM said...

alamak, blog saya adalah tentang saya dan family saja. camner?
btw, good entry kj aka kak jajad.

Jajadomaq on Wednesday, June 17, 2009 5:42:00 PM said...

Ain, hohoho... apa ni panggil cikgu.. tak sesuai la.. panggil la ustazah.. wakakakakka.....

Zai, betul3... selagi tak merapu2 dan mengikut hawa nafsu, takpe la kan... lagipun, kalau aku salah, rasanya ramai yg boleh tegur.. boleh sama2 baiki pemahaman.
p/s: amboi sampai 10 bintang!

Choup, blog pasal family pun best la... tapi kalu nak blog pasal benda lain, kena blog pasal benda yg kita selalu buat la... supaya boleh update selalu.... ko bukan suka bersosial ke???

ZR on Wednesday, June 17, 2009 8:37:00 PM said...

alah chop...jgn ler terasa lak...akak pun ada gak citer pasai akak/family...sama je kite nie...tp bagus juga..kalu ada pasai family dan diri..at least member yg tak selalu jumpe tahu perkembangan kite..ehehhe...ape yg penting niat kite aje...

jgn terasa yer...

 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...