Klik tau!

Wednesday, June 24, 2009

Nenek, Mastura & Puduraya

Busy.. busy.. busy… tak sempat lah nak updet blog ni… maka aku summarykan jerlah apa yg terjadi weekend dan 2-3 hari ni….

Weekend- Sabtu

Pergi ambik adik, Mastura aku kat UiTM Shah Alam. Cuti semester dan kena kosongkan bilik. Dia kena pindah ke kolej kediaman pelajar perubatan kat selayang. Lepas ni akan buat klinikal kat hospital selayang lak. Kolej kediaman perubatan tu baru gila, susah benar nak carik sebab tak dak signboard..... Tak dapat nak ambik gambar kolej kediaman sebab kamera mastura pinjam dah simpan dlm kotak.. tak sempat nak keluarkan, terus balik lepas tu.


Lepas ni sapa masuk Hospital Selayang, kalau jumpa Noor Mastura Omar Khan, tu adik aku.


Ni la adik aku, Mastura



Weekend- Ahad
Macam biasa, pergi Giant Kinrara beli belah brg dapur & barang kedai... pun lupa nak bawak kamera....... apo la.... tak bestnya entri tak dak gambar... (maap la membosankan korang). Mak mentua aku lak dtg dari kampung. Dia tumpang keta sepupu husband... Maka aktiviti melayan mak mentua pun tercetus.

Isnin
Adik aku mastura mengada2 nak balik Penang jugak. So, aku pun kena gi hantaq la dia gi pudu. Dahla tak beli tiket bas, dia nak balik gak.. So, mengekor la aku ke opis.. aku dah ckp.. Abang ipaq dia sebok kat kedai.. takde maknanya nak hantaq dia pagi2.. last2 dok la kat opis aku ni sepanjang pagi sampai tengah hari.... sempat lak gi tido kat surau comei opis... hahahhaha... Lepas tu aku ambik time off hantaq dia balik..... bas kul 3.30.

Comel kan adik beradik ni??

Kat pantri opis....

Pudu sekarang ni not so bad la... dah takde bau2 hancing dan keadaan ruang legar pun agak bersih dan berangin (ada ekon rasanya)... Signboard pintu pintu dah tukar kepada yg lebih komersial...

Ada kedai alteration kat Puduraya ni.... aku pernah hantaq gak, murah & bagus!

Macam2 ada.. dari beg tangan 'berjenama' ke topeng power rangers!

Ish... gemoknya aku!!

Lampu kat Puduraya pun dah cantik....

Ruang legar yang bersih

Signboard pintu yang lebih lawa dan tersusun

Selasa
Tak dak apa2 yang best pun.... balik jem gak.. sampai umah nak pengsan gak... Imran mak mentua aku jaga, cuma kakak2 hantaq ke nuseri...

Rabu
Pagi ni... laki aku gi hantaq mak dia balik gi stesen Puduraya... semalam bapak mentua ku tepon ckp dia tak sehat.. soh mak mentua aku balik (hohoho.. rindu ka???).

Nenek & Cucu2nya (Gambar ni ambik pagi tadi masa nak hantaq budak2 gi nuseri - Adda dgn bantal busuk manjang!)


Makanya, tu jalah citer yang ntah apa2 tapi nak tulis gak kat blog ni sebab kalau tak updet kang tak up to det la ....

Note: Nak kena kuruskan badan la.. dalam gambaq cam hapa ntah!

4 ulasan:

jellynajal on Wednesday, June 24, 2009 10:56:00 AM said...

ala, terblur lak gmbr adik badik yg sy amik kat opis tu..
lamanye tak menjejakkan kaki ke puduraya, the very very long time agooo

Jajadomaq on Wednesday, June 24, 2009 12:28:00 PM said...

Aaa kan.. patutla akak nampak gemok sgt dlm gambar tu... rupanya gambar tu blur.. (boleh terima ke alasan ni?)

ZR on Wednesday, June 24, 2009 10:43:00 PM said...

allo...perlu ke ko buat alasan mcm tu...cit...sila sedar diri ye...

Jajadomaq on Friday, June 26, 2009 6:22:00 PM said...

Ala Zai.. kasik can la.. tapi cuba la ko tgk aku skrg.. tak ke macam ikan buntal jer!

Aku sgt tension menjadi wanita yg tak bley pakai baju kebaya sebab bila berdiri dah taktau mana pinggang mana bontot, bila duduk lemak2 semua dok sedap parking ja atas perut...

 

Counter la konon!

Sapa tu??

Term of Use?

Korang boleh ambik mana2 isi kandungan dalam blog aku ni... Tapi pls, bagi kredit dengan letak link blog aku... Paling2 pun, sila klik la kat iklan yang dok kuar tu.... TQ aa...