Aku suka membaca surah An-Nisaa’ kerana ianya very close to heart. Surah An-Nisaa' ialah surah ke 4 di dalam susunan al-Quran. Sebagai wanita, surah ni sesuai dijadikan rujukan untuk kehidupan seharian kita. Sebab di dalam surah ni, banyak Allah terangkan tentang hukum hakam pergaulan antara wanita dan lelaki.
Sebelum aku proceed, sedikit Info pasal surah An-Nisaa':
Surah An-Nisaa' - (Perempuan) سورة النساء - mengandungi 176 ayat itu merupakan surah Madaniyyah yang terpanjang selepas surah Al Baqarah. Dinamakan An Nisaa' kerana dalam surah ini banyak dibicarakan hal-hal yang berhubung wanita serta merupakan surah yang paling banyak membicarakan mengenainya jika dibanding dengan surah-surah yang lain.
Ayat yang menjadi pilihan aku hari ini ialah Ayat 19 dari Surah An-Nisaa’. Gambar ref: http://www.al-islam.com/
Terjemahannya:"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu). "
Al-Quran, 4:19
Mari kita tgk satu per satu isi kandungan ayat ni ye.
"Wahai orang-orang yang beriman, tidak halal bagi kamu mewarisi perempuan-perempuan dengan jalan paksaan dan janganlah kamu menyakiti mereka (dengan menahan dan menyusahkan mereka) kerana kamu hendak mengambil balik sebahagian dari apa yang kamu telah berikan kepadanya, kecuali (apabila) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata..."
Untuk pengetahuan korang, pada zaman jahilliah, seorang wanita yang kematian suami, tidak boleh mempusakai harta peninggalan suami. Lebih teruk lagi, wanita tu pulak yang djadikan sebagai harta pusaka yang boleh diwarisi oleh kaum keluarga suami. OMG!!! Maksudnya, sesiapa antara ahli keluarga yang mewarisi harta suami akan turut mewarisi isterinya setelah kematian suami tersebut. Yang tak bestnya, terpulanglah kepada pewaris tu nak buat apa dengan isteri tu… kalau dia suka, dia boleh kahwin dengan pompuan tu atau buat apa saja dengan pompuan tu kerana pompuan tu dikira sebagai harta yang telah diwarisi. Yang sering berlaku ialah kalau dia tak suka pada pompuan tu, pewaris tu akan menahan pompuan dari berkahwin lain untuk memastikan yang harta (mas kahwin) yang diberikan kepada pompuan tu oleh suaminya tak terlepas ke tangan orang lain.
Betapa rendahnya martabat wanita pada zaman jahillilah kan???? Tetapi, setelah kedatangan Islam, Allah SWT telah menurunkan ayat ini untuk menghapus pewarisan isteri dan membenarkan wanita mendapat harta peninggalan suaminya dan dia tidak boleh lagi diwarisi oleh kaum keluarga sekiranya kematian suami, malah hukumnya ialah haram.
Kita lihat pulak sambungan ayat.
“.... dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri-isteri kamu itu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (merasai) benci kepada mereka (disebabkan tingkah-lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya), kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedang Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak (untuk kamu)."
Di dalam ayat ni jugak, Allah SWT memberi panduan kepada suami supaya melayan isteri dengan cara yang baik. Tapi, jika seorang isteri dah buat perangai mengada2 dan menjelikkan sampai boleh menimbulkan kebencian pada suami, jangan lah pulak suami senang2 ja nak menceraikan isteri. Allah menyatakan, mungkin perangai isteri yang suami dok benci sangat tu, ada kebaikan yang banyak kepada suami. Antara kebaikan yang aku boleh pikir ialah:
- Suami menjadi orang yang lebih sabar dan matang bila berdepan dengan karenah sapa2 jer kat opis ke, kat pasar ke, kat game bola ke…sebab kat umah ada lagi teruk dia dok handle…. Hahahaha.
- Suami akan dilihat sebagai seorang yang cool di mata anak2, jiran tetangga, sahabat handai sebab tak ambik port dengan perangai bini yang menjelekkan (asalkan jangan sampai ke tahap jadi suami dayus la)… Mesti orang akan kagum dengan suami ni… dan sambil garuk2 kepala akan ckp.. “camner ek dia handle? Aku tgk bini dia pun rasa nak terajang jer” ..
- Suami tentunya akan mendapat pahala yang besar berkat kesabaran dan kegigihan dia menjaga tatatertib sebagai seorang suami dan tidak jemu2 memberi pengajaran kepada isteri dengan cara berhemah dan berlemah lembut.
- Maybe jugak berkat kesabaran suami ni, isteri tu akan termalu sendiri tgk perangai dia yang bukan2 dan maybe akan terbuka hati untuk menjadi isteri yang lebih baik. Mana tau kan??
Note: Nasib baik hidup dalam zaman sesudah Islam. Bayangkan kalau suami meninggal kena jadi harta pusaka dan dapat kat Abang Ipar ke, adik Ipar ke... pastu kena kahwin lak dengan diorg.. no..no..no... its so ewwwwww!!!
0 ulasan:
Post a Comment