Kalau warna blond pun nampak serabai, bayangkan kalau warna hitam???
Mari memulakan kisah.
Aku, yang dilahirkan dalam keturunan yang berbulu lebat, sangat2 hate the fact yang aku jugak mewarisi kelebatannya! Aku memang mendapati masalah ni hadir sejak akil baligh... and I hate it! Aku tak suka bulu kaki yang panjang walaupun sehalus mana pun dan yang paling tak suka kehadiran bulu ketiak!
Kalau yang lelaki dengan seluruh badan berbulu dianggap seksi (aku tak minat), perempuan pulak dianggap jelik dan tidak menggiurkan langsung (Kisah benar - bulu kaki bini lagi lebat dari laki.... tak bestnya la!).
Masa muda dan kurang pengetahuan, aku selalu shave bulu kaki dan bulu ketiak... dan ini telah menyebabkan ianya makin tumbuh lagi kasar & lagi panjang (huh!! Tak suka!) Dan yang lagi membosankan, ianya tumbuh pada kadar yang lebih pantas dan asyik nak kena cukur selalu (boring tau!). Pernah jugak guna wax yang melekit, foam yang bilas boleh tanggal bulu.. dan lain2 yang semuanya memberi temporary solutions yang tak berapa best.
Selepas kewujudan internet dan aku pun dan pandai menggooggle, aku mula belajar sedikit sebanyak cara menghilangkan bulu ketiak dan bulu kaki dengan lebih efektif, jangka panjang dan cost efective.
Akhirnya, pencarian aku berakhir 8 tahun yang lalu bila dipertemukan dengan satu solution pembuangan bulu yang sangat efektif iatu EPILATOR. Sejak dari tu, aku terus stick dengan alat miracle ini dan terus menggunakannya sampai ke hari ni. Walaupun bulu tak hilang permanently, yang bagusnya, apabila menggunakan epilator, ianya tumbuh pada kadar yang amat perlahan dan lebih halus. Dengan menggunakan epilator ini, aku hanya perlu maintain seminggu sekali dan aku BEBAS bulu kaki & bulu ketiak (Yeay!)
Ada macam2 jenis epilator dan pelbagai jenama serta harga. Selalunya dijual di bahagian alat elektrik. Kalau nak senang, sila beli di Guardian. Sapa nak tau lebih lanjut apa itu epilator, sila klik EPILATOR.
Epilator yang aku gunakan ialah Braun Silk Epilator, beli kat guardian RM130++ (tak ingat exactly). Walaupun agak mahal, tapi sgt berbaloi sebab aku dah guna 8 tahun dan masih works fantasticly. Tak pernah rosak sekalipun. (Yeay!)
My best friend!
Closeup lagi... nampak tak ala2 tweeser tu...
- Langkah 1
Sebelum epilate bulu kaki atau ketiak, pastikan anda telah exfoliate (skrub) dulu kulit dengan menggunakan sebarang skrub (skrg ni aku guna tea dari Guardian) atau serbuk teh atau kopi yang telah digunakan (aku selalu kumpul). Disamping menghilangkan sel2 mati, skrub juga boleh memastikan bulu2 yang tersumbat (ingrown) akan keluar di permukaan. Harga Skrub ni cuma RM4.90 (Murah dan berkesan) - Langkah 2
Setelah itu, keringkan betul2 kaki atau ketiak dan tabur sedkit bedak untuk menyerap semua air yang tertinggal. - Langkah 3
Pasang alat epilator dan mula mencabut bulu. Lebih baik mulakan dengan kelajuan perlahan dan tingkatkan sedikit demi sedikit. Pastikan anda menggerakkan alat epiltor kearah berlawanan dengan bulu. - Langkah 4
Teruskan mencabut bulu sampailah kaki atau ketiak menjadi licin dan bebas bulu. - Langkah 5
Oleh kerana ini adalah proses mencabut, maka akan ada sedikit warna merah di bahagian bulu yang dicabut. Untuk mengelakkan jangkitan kuman pada spot yang telah dicabut, terus basuh kaki dengan air bersih dan lapkan. - Langkah 6
Jangan lupa letakkan losyen pada kaki yang telah dicukur untuk memastikan kulit lembab dan tidak merengsakan. Currently aku guna lotion cocoa butter jenama Fruit of the Earth.
(Nota penting, sekiranya anda mencabut bulu ketiak, jangan letak apa2 di bahagian yang telah dicabut selama lebih kurang 12 jam. Jgn terus guna deodoran. Pedih oooooo!)
Lotion ni baunya tak kuat. Harga RM9.80 di Guardian
Proses selesai dan anda boleh menikmati kaki dan ketiak yang licin dan bersih. Husband akan lebih suka kalau kaki wife licin dan syok jer pegang... Dan sudah semestinya husband tak suka bulu ketiak bini terjejeh2 dan berserabut mengalahkan bulu ketiak dia....
Apapun, entri ni exeptional untuk cases lelaki yang suka perempuan berbulu (ada jugak kan?)..
Note: Jangan biarkan diri anda ”berserabut”. Saya telah menemui produk ini dan mencubanya! Anda bila lagi?